Keputusan Perlawanan Piala FA 27 Feb 2015

Keputusan Perlawanan Piala FA 27 Feb 2015 Pusingan Kedua. Pasukan pilihan, PDRM dan Kelantan masing-masing mencatatkan kemenangan penting dalam saingan pusingan kedua, Piala FA, malam tadi.

PDRM atau The Cops menyambung rentak garang menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Shah Alam manakala Kelantan kembali ke landasan kemenangan mengenepikan Sarawak 2-1 di Kuching untuk mara pusingan ketiga.

Paling cemerlang adalah Sime Darby yang berpesta gol membelasah PBAPP FC 5-1 di Stadium MP Selayang, termasuk hatrik daripada penyerang import Serbia, Nemanja Vidakovic pada minit ke-11, 23 dan 56. Dua lagi jaringan menyusul daripada Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-41 dan Marko Perovic (m-54).
Berikut adalah antara video gol dan highlight perlawanan Piala FA 27 Feb 2015. Kredit kepada BPTV. 
Video Gol Perlawanan Piala FA 27 Feb 2015

KEPUTUSAN RESULT PENUH : JUMAAT - 27 Feb 2015
Hanelang FC lwn Kedah (Std Sultan Ismail Nasiruddin, 4.15 ptg) 0 - 1 (Farhan Roslan min 35)  

Sg Ara FC lwn MISC- MIFA (Std Bandaraya. 8.45mlm)  0 - 1  (Min 43)

NS Matrix lwn UiTM FC (Std TAR Paroi, 8.45mlm) 2 - 0  (Forkey Doe min 22 & 82)

Sime Darby lwn PBAPP FC (Std MP Selayang,8.45mlm)  : 5 - 1 (Khairul min 31, SIME - Vidakovic min  11, 23 & 56, Saharofetdinov min 41 & Perovic min 54)  


PDRM lwn Sabah (Std Shah Alam, 8.45mlm)  3 - 0  (Ashfaq Ali min 28, Traore min 43 & 45)

Sarawak lwn Kelantan (Std Negeri, Kuching 8.45mlm) 1 - 2 (SAR - Griffiths min 30, KEL - Carillo min 2, Kenmogne min 64)  

KL MOF FC lwn K.Lumpur (Std INSPENS Bangi, 8.45mlm)  1 - 3


Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala FA 28 Feb 2015 klik di SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now