Malaysia Vs Thailand Final Siri Super ISTAF 2015

Malaysia Vs Thailand Final Siri Super ISTAF 2015. Skuad sepak takraw negara semalam melakar sejarah tersendiri selepas berjaya membenam musuh tradisi Thailand dalam straight set pada aksi Final Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di MITC Melaka.

Gandingan kapten Farhan Adam, killer Hanafiah Dollah dan tekong Syahir Rosdi sememangnya cukup mantap sekaligus menaikkan kembali nama Malaysia dalam arena sukan sepak takraw yang sebelum ini didominasi pasukan Thailand. 



Skuad sepak takraw menang mudah 21-7 pada set pertama dengan servis kuda tekong muda, Syahir Rosdi dengan kelajuan 70km/h dan libasan tajam Hanafiah Dollah menengelamkan regu Thailand. Sokongan padu hampir 3,000 penonton juga banyak membantu regu negara.

Dalam set kedua, permainan menjadi sengit dengan Thailand terpaksa menggunakan 2 killer untuk menangkis kehebatan regu Malaysia. Sekali lagi servis kuda membantu Malaysia untuk menang 21-19.

Keputusan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan sepak takraw tanah air bagi mengubati kekecewaan akan prestasi hambar skuad sepak takraw negara sebelum ini.

Berikut adalah video perlawanan Malaysia lawan Thailand 8 Feb 2015.

Set pertama perlawanan akhir #ISTAF #SuperSeries MALAYSIA 2014/15 Melaka
Malaysia V Thailand (21-7) 

Set Kedua Malaysia lawan Thailand 21-19

0 comment... add one now