Video Marina Torch Dubai Terbakar 21 Feb 2015

Video Marina Torch Dubai Menara Kediaman Tertinggi Di Dunia Terbakar. Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch yang terletak di Dubai, UAE terbakar  awal pagi Sabtu, 21 Feb 2015.

Penduduk berkata, kebakaran bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di menara setinggi 336.1 meter itu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, ketika kebakaran berjaya dikawal dan beratus-ratus penduduk di menara berdekatan dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Penduduk yang terbabit berjaya diselamatkan daripada terkena kecederaan sesak nafas.Sementara itu, rakaman video amatur yang dimuat naik menunjukkan api marak di bahagian atas menara manakala sisa bangunan kelihatan bersepah di atas jalan raya ketika angin kuat menyebabkan api bertambah besar.

Video Marina Torch Dubai Terbakar 21 Feb 2015Dubai memang terkenal dengan begitu banyak menara pencakar langit dan beberapa kebakaran pernah berlaku sebelum ini.

Pada 2012, kebakaran berlaku di Menara Tamweel dekat daerah Menara Tasik Jumeirah berpunca daripada puntung rokok yang dibuang dalam tong sampah - BH online



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now