Video Pesawat TransAsia Airways Terjunam Ke Sungai 4 Feb 2015

Video Pesawat TransAsia Airways Terjunam Ke Sungai Di Taiwan 4 Feb 2015. Sekurang-kurangnya 13 terbunuh selepas sebuah pesawat TransAsia Airways, Taiwan yang membawa 58 penumpang terbabas ketika berlepas sebelum terjunam ke sungai, pagi tadi.

Kira-kira 16 penumpang sudah diselamatkan, kata jabatan penerbangan awam dalam taklimat media di sini.

Seramai 31 pelancong China adalah antara penumpang dalam pesawat itu, kata Biro Pelancongan Taiwan.

Media Taiwan memaparkan gambar pesawat itu dalam Sungai Keelung, yang terletak beberapa meter dari pantai.

Video Pesawat TransAsia Airways Terjunam
Taiwan Central News Agency (CNA) melaporkan pesawat itu yang berlepas dari bandar raya ini dalam penerbangan ke pulau Kinmen, hilang daripada radar kira-kira jam 10.55 pagi dan badan pesawat terjunam ke Sungai Keelung, tidak jauh daripada lapangan terbang Sungshan.

Pesawat jenis ATR-72 turboprop keluaran Perancis itu dikendalikan dua juruterbang.

Badan pesawat itu separuh tenggelam di sungai berkenaan manakala penumpang dan penyelamat dilihat berdiri di badan pesawat dan ada yang berenang ke tebing.

Nahas itu terjadi selang beberapa bulan selepas sebuah pesawat TransAsia ATR-72 terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu, Taiwan menyebabkan 48 terbunuh dan 10 cedera. Cuaca buruk dipercayai menjadi punca nahas itu pada Julai lalu. - Reuters 



5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now