Video Restoran Nasi Kandar Kotor Diarah Tutup Di Penang

Video Restoran Nasi Kandar Kotor Diarah Tutup Di Penang. Kontroversi dan masalah restoran Nasi Kandar yang beroperasi dalam keadaan menjijikan kembali diperkatakan lagi apabila Jabatan Kesihatan Pulau Pinang seperti dipetik BERNAMA mengarahkan 15 restoran dan kedai nasi kandar di negeri ini ditutup berkuat kuasa hari ini kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Daripada jumlah itu, enam premis berkenaan terletak di Seberang Perai Utara; Seberang Perai Tengah (dua); Timur Laut (tiga); dan Barat Daya (empat), kata Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Ahmad Shukri Bakar.

Beliau berkata, dalam operasi empat jam bermula 9.30 pagi tadi, pihaknya mengesan kesalahan menjijikkan seperti periuk berisi ayam siap diperap diletakkan di atas penutup longkang dalam keadaan terdedah.

"Ada juga bekas berisi ayam goreng diletak di sebelah tong sampah yang tidak berpenutup selain najis tikus bersepah di dalam stor menyimpan bahan mentah," katanya kepada pemberita selepas operasi di Jalan Bertam di sini.

Beliau berkata, daripada 32 premis yang diperiksa di seluruh negeri ini, jabatan itu mendapati kebanyakan pekerja rakyat asing tidak memiliki sijil pengendali makanan selain tidak menerima suntikan tifoid.

nasi kandar kotor
Ahmad Shukri berkata, kesemua premis yang diarah tutup itu diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.

"Bagaimanapun bagi mengelak operasi perniagaan tergendala lebih lama, pengusaha boleh meminta pegawai penguat kuasa memeriksa semula premis mereka, paling minimum tiga hari selepas notis penutupan dikeluarkan," katanya.

Jabatan itu turut mengeluarkan tujuh kompaun berjumlah RM6,100 manakala 30 notis saman bernilai RM2,110 pula dikeluarkan pihak berkuasa tempatan atas kesalahan pengurusan sisa tidak sempurna.

Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini.


Video Restoran Nasi Kandar Kotor Diarah Tutup Di Penang
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now