23 Mac Setiap Tahun Adalah Hari Kelepasan Am Negeri Johor

23 Mac Setiap Tahun Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Negeri Johor. Kerajaan Johor mengumumkan 23 Mac 2015 ini sebagai Hari Kelepasan Am negeri sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim, berkata bermula tahun ini juga Sultan Ibrahim berkenan cuti itu menggantikan Hari Keputeraan Johor yang jatuh pada 22 November setiap tahun. Katanya, sehubungan itu bermula tahun ini dan tahun berikutnya, 23 Mac akan dijadikan Hari Kelepasan Am negeri Johor sebagai Hari Keputeraan Sultan Johor.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac 2015 ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baharu kepada Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
Hari Kelepasan Am Negeri Johor

Istiadat pemahkotaan itu adalah istimewa memandangkan kali terakhir istiadat itu diadakan adalah pada 10 Februari 1960 iaitu 55 tahun yang lalu iaitu semasa Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now