Bendera Rasmi Setiap Daerah Di Johor Darul Takzim

Bendera Rasmi Setiap Daerah Di Johor Darul Takzim. Inilah bendera rasmi setiap daerah di Johor Darul Takzim yang mempunyai 10 daerah. Umum maklum, Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. 

Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.

Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah. 


Berikut adalah gambar bendera rasmi setiap daerah di negeri Johor Darul Takzim yang kesemuanya 10 daerah iaitu
1) Johor Bahru
2) Batu Pahat
3) Kluang
4) Muar - Bandar Diraja
5) Kota Tinggi
6) Kulaijaya
7) Pontian
8) Segamat
9) Ledang
10) Mersing
Bendera Rasmi Setiap Daerah Di Johor Darul Takzim 
Bendera Rasmi Setiap Daerah Di Johor Darul Takzim
 
Bendera Rasmi Setiap Daerah Di Johor Darul Takzim

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now