Permohonan Bazar Ramadhan MPJBT 2016

Borang Permohonan Bazar Ramadan MPJBT 2016. Berita baik kepada peniaga yang berminat seperti dipetik dari Facebook Rasmi MPJBT memaklumkan yang Borang permohonan bazar ramadhan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) tahun 2016 akan mula dikeluarkan mulai 3 April hingga 21 April 2016. Borang berkenaan boleh diperolehi di Jabatan Pelesenan, Aras 1, Menara MPJBT, Skudai.
Menurut Kalendar Islam tahun 2016 / 1437 - 1438 Hijrah, ibadah puasa ramadhan atau 1 Ramadhan akan disambut di Malaysia bermula pada 6 Jun 2016. Senarai lokasi Bazar Ramadhan 2016 di Johor Bahru sila klik Bazar Ramadhan JB

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN MPJBT 2016

Permohonan adalah terbuka bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tempatan yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan, MPJBT 


Bazar Ramadhan MPJBT 2016

Jadual Permohonan Bazar Ramadhan MPJBT 2016

TARIKH & MASA KETERANGAN TEMPAT
3 hingga 21 April 2016
Pengeluaran Borang Bazar Ramadan (Kawasan MPJBT Sahaja) Aras 1,
Jabatan Pelesenan,
Majlis Penbandaran Johor Bahru Tengah.
Tarikh serahan borang : 2 Mei 2016
Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 15 Mei 2016 

a) Jalan Layang 16, Taman Perling
b) Jalan Medan Nusa Perintis 2, Gelang Patah
b) Jalan PI 11/1, Taman Pulai Indah
  MPJBT
Tarikh serahan borang : 3 Mei 2016
Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 16 Mei 2016 

a) Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti
b) Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
Tarikh serahan borang : 4 Mei 2016
Tarikh Taklimat Dan Undi Petak : 17 Mei 2016 

a) Jalan Pulai Harmoni 1, Kangkar Pulai
b) Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
c) Jalan Perwira 16, Taman Ungku Tun Aminah
Tarikh Taklimat Dan Undi Petak 15, 16 & 17 Mei 2016


Senarai Dokumen Untuk Permohonan

Berikut adalah dokumen yang perlu di bawa semasa hari pendaftaran (Akan dikemaskini - dokumen disenaraikan di bawha untuk permohonan tahun 2015):
  1. 1 keping gambar.
  2. 1 salinan Kad Pengenalan.
  3. 1 salinan Buku Suntikan typhoid@ty2 (masih sah / tidak tamat tempoh).
  4. 1 salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (bagi tahun 2010 dan ke atas).
2. Lantikan Pembantu:
  • Pemohon dibenarkan untuk melantik sekurang-kurangnya 2 orang pembantu sahaja
  • Pembantu perlu mengemukakan dokumen sama seperti pemohon.

3. Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diterima.
4. Pemohon dikehendaki hadir semasa hari pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 07-5555000

Selamat memohon buat mereka yang berminat untuk berniaga dalam menambah pendapatan untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri 2016 nanti.
 

0 comment... add one now