Borang Permohonan Memasuki Tingkatan Enam - Borang T6BCP

Borang Permohonan Memasuki Tingkatan Enam - Borang T6BCP. Umum pelajar sedia maklum yang pelajar lepasan SPM tidak perlu memohon untuk memasuki tingkatan 6 bawah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan secara automatik asalkan pelajar memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke tingkatan 6 bawah. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan menawarkan tempat di tingkatan 6 bawah bagi pelajar lepasan SPM yang telah ditawarkan Program Matrikulasi KPM.

Untuk calon persendirian /swasta lepasan SPM (SPMU setara) pula, anda boleh memohon ke tingkatan 6 bawah dengan mengemukakan permohonannya ke Jabatan Pelajaran Negeri. Gunakan Borang T6BCP. Borang permohonan boleh diperolehi dari JPN terdekat atau muat turun di sini. (pastikan guna versi terkini)
 

Muat turun Borang Permohonan Tingkatan Enam - Borang T6BCP
Klik PDF

Borang T6BCP


Panduan Mengisi Borang T6BCP
1. Borang T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN DAN SEKOLAH SWASTA yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.
2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen
yang telah disahkan seperti berikut:
i. Keputusan peperiksaan SPM,
ii. Sijil kelahiran,
iii. Kad pengenalan/Pasport; dan
iv. Sijil-sijil persekolahan menengah.
3. Borang ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing untuk dikumpul dan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mei tahun semasa. Permohonan lewat
tidak akan dipertimbangkan.
5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat
berikut:
i) Lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
ii) Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
iii) Tidak melebihi had umur yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar
dan rekod disiplin yang baik.
7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada
semua calon.
8. Borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan ditolak

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now