Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan LPM

Cara Dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan. Adakah anda mengalami masalah sijil peperiksaan atau slip keputusan hilang, rosak, koyak dan sebagainya? Jangan risau kerana anda sebenarnya boleh membuat permohonan mendapatkan sijil peperiksaan SPM/ MCE dan slip keputusan PMR/ SRP/ LCE dengan mengikuti panduan dan langkah-langkah yang dikongsikan berikut. Berikut disertakan cara-cara buat permohonan salinan keputusan peperiksaan melalui borang yang boleh di muat turun secara online. 
cara dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan

- Menurut peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pendidikan Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Sijil Peperiksaan/Pernyataan Keputusan Yang Hilang Atau Rosak: 
- Pengarah Peperiksaan boleh, apabila permohonan dibuat oleh calon mengeluarkan satu surat memperakui keputusan peperiksaan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau pernyataan keputusan yang hilang atau rosak.
- Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan hanya akan dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • 1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan. Klik Borang
  • 2. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan salinan keputusan dengan lengkap beserta dengan wang proses.
  • 3. Pemohon  yang  hadir  sendiri  ke  kaunter  perlu menunjukkan  dokumen  pengenalan  diri  sebagai bukti  semasa  membuat  Permohonan  Salinan Keputusan Peperiksaan.
  • 4. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari  ahli  keluarga  terdekat.  Wakil  yang  dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang di tandatangani  oleh  pemohon beserta salinan  kad  pengenalan
    pemohon  yang  telah disahkan.
  • 5. Permohonan  melalui  orang  perseorangan,  agen atau  syarikat tertentu  tanpa  Surat  Pelantikan Wakil, tidak dibenarkan.
  • 6. Permohonan  melalui  pos  hendaklah  disertakan salinan kad pengenalan pemohon
  • 7. Bayaran proses mulai 1 Januari 2015 ialah RM30.00 (Ringgit : Tiga puluh sahaja) bagi setiap salinan terjemahan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.
  • 8. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.

Permohonan Di Kaunter LPM

1. Kaunter urusan LP dibuka pada setiap hari bekerja dan beroperasi  di  Aras  Bawah,  Blok  E11, Kompleks E, Pusat  Pentadbiran  Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis                :  8.15 pagi      –   4.30 petang
Jumaat                                     :  8.15 pagi      –   12.00 tengahari
                                                    2.45 petang –   4.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum  :  TUTUP

3. Bayaran proses secara tunai diterima di Kaunter Urusan LP. Permohonan  melalui  pos  hendaklah  disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank secukupnya  atas nama ‘Pengarah Peperiksaan'. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
4. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
5. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
6. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(Tel : 03-88843526 / 3528)
 
Panduan Permohonan mendapatkan salinan keputusan serta panduan permohonan terjemahan salinan keputusan peperiksaan serta pengesahan keputusan peperiksaan boleh dirujuk dalam PDF di LPM.

Sumber Panduan & Borang : LPM

0 comment... add one now