Cara Buat Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Cara Buat Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET. Umum sedia maklum yang calon-calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tinggi (kini di kenali sebagai Universiti Awam - UA) di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama perlu menduduki peperiksaan MUET. Bermula tahun 2012, peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November. Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

Cara Buat Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Berikut disertakan cara-cara membuat rayuan semakan semula keputusan MUET.
1) Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia 

2) Menghantar borang rayuan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

3) Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00

4) Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan.
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Sebarang maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my. Untuk mendapatkan borang (MUET/PS1), sila klik di sini.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now