Cara Dapatkan Khidmat Nasihat Guaman Secara Percuma

Khidmat Nasihat Guaman - Percuma. Bila Anda Perlu Berjumpa Seorang Peguam? Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk
  • Mendapatkan nasihat tentang masalah bersifat undang-undang
  • Mewakili anda di Mahkamah, jika perlu
  • Membantu mengendalikan hak anda di sisi undang-undang

Cara Dapatkan Khidmat Nasihat Guaman Secara Percuma

Nasihat Guaman Secara Percuma
Oleh itu, anda mungkin ingin berjumpa dengan seorang peguam khususnya:-
  • Jika anda didakwa melakukan jenayah dan ingin mendapatkan nasihat mengenai pembelaan anda dan juga untuk mewakili anda di Mahkamah
  • Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap pihak lain, anda boleh meminta peguam membantu anda membuat tuntutan dan mewakili anda di Mahkamah
  • Jika pihak lain membuat tuntutan yang tidak adil terhadap anda, anda mungkin memerlukan bantuan peguam untuk membela anda

Jika anda mempunyai masalah hartanah, atau pernah ditipu ataupun memastikan hak orang tersayang anda terjamin jika anda sudah tiada, anda boleh dapatkan khidmat nasihat guaman secara percuma. 

Ini adalah antara khidmat proaktif BNYV membantu mereka yang memerlukan tanpa nilai kos tinggi yang sering dikaitkan dengan khidmat peguam. Ambil peluang ini untuk anda dan keluarga anda.
SUMBER : Muafakat UMNO Johor

Bantuan Guaman Cara Yang Lain

Jika anda perlu berjumpa dengan peguam tetapi tidak mampu membayar yurannya, bantuan boleh diperolehi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diperbadankan pada 25 Januari 2011 hasil keputusan yang dibuat di mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2010.

Cadangan penubuhan YBGK timbul semasa perjumpaan antara Perdana Menteri dengan Pengerusi dan anggota lain Majlis Peguam Malaysia pada 7 Januari 2010. Semasa perjumpaan itu, Perdana Menteri telah diberitahu bahawa dianggarkan 80% daripada mereka yang dibicarakan di mahkamah bagi kesalahan jenayah tidak mempunyai pewakilan guaman. Dengan pembentukan YBGK, mereka yang tidak mampu untuk membayar fi guaman akan diberikan bantuan guaman oleh YBGK. Peguam yang memberikan perkhidmatan guaman melalui YBGK akan menerima bayaran nominal sahaja memandangkan pemberian perkhidmatan guaman tersebut merupakan tanggungjawab sosial mereka. Bagi tujuan penubuhan YBGK, dana pelancaran RM5 juta diperlukan daripada Kerajaan.

Perkhidmatan YBGK dilaksanakan oleh peguam panel YBGK yang memberi perkhidmatan dengan bayaran yang minimum atas tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Peguam panel ini merupakan peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia , Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguamcara Sarawak dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Lokasi Pejabat mereka di semua negeri adalah seperti berikut :-

Senarai Pejabat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam


Semoga panduan cara mendapatkan Khidmat Nasihat Guaman Secara Percuma ini bermanfaat buat mereka yang memerlukannya.

0 comment... add one now