Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Guna MyKira GST

MyKira GST - Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Online. Umum sedia maklum yang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus (6 %) akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 April 2015. Bagi membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap barangan dan perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan aplikasi telefon mudah alih MyKira GST. 

Senarai barang yang kena dan tidak dikenakan GST klik GST 2015.

MyKira GST
Apa dia MyKira GST .
Aplikasi MyKira GST akan membantu anda menjadi pengguna yang bijak. Ianya adalah satu usaha inovasi NBOS oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) untuk membantu rakyat Malaysia memantau harga barangan dalam negara. Aplikasi ini memerlukan talian internet bagi pengiraan dan senarai produk.
Spesifikasi Operating System adalah Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan ke atas. Bagi pengguna Android, anda boleh download atau mut turun applikasi myKira GST ini di Google Play. Difahamkan bagi pengguna iOS, anda boleh memuat turun pada bulan April 2015 nanti.

Fungsi asas aplikasi ini adalah:
- Menyemak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
- Memberi panduan kepada pengguna sebelum membuat aduan kepada pihak KPDNKK.
- Memberi saluran interaktif yang mudah untuk mesra pengguna
- Menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat aduan.

Sebarang pertanyaan diajukan kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my  


Cara muat turun atau download MyKira GST
download mykira gst

Senarai penuh barang yang dikenakan dan tidak dikenakan GST


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now