flymojo Syarikat Penerbangan Terbaru Malaysia Dilancarkan

flymojo Syarikat Penerbangan Terbaru Malaysia Dilancarkan. Satu lagi syarikat baru memasuki perniagaan industri penerbangan di Malaysia yang antara lain bakal membantu meningkatkan rangkaian dan persaingan udara di Malaysia. Syarikat penerbangan flymojo hari ini memeterai perjanjian US$1.47 billion (RM5.44 bilion) dengan Bombardier Commercial Aircraft dari Kanada untuk membeli 20 pesawat CS100.
 
Pelanggan dan pengendali pertama pesawat CS100 di rantau ini akan berpangkalan di Johor Bahru, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk makluman, Pengarah Urusan flymojo ialah Datuk Janardhanan Gopala Krishnan. Pengumuman itu dibuat di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2015) ketika kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kion berkata, syarikat penerbangan itu dijangka merangsang industri perdagangan dan pelancongan negeri berkenaan.
 
"Ia akan meletakkan Senai sebagai destinasi penting di negara ini di segi perdagangan dan pelancongan kerana ia akan menarik lebih ramai pelancong," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Tee berkata,  kini terdapat lima hingga enam syarikat penerbangan yang beroperasi dari Senai.
 
"Dengan syarikat penerbangan baharu ini, ia akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Setakat ini terdapat 14 hingga 15 pintu masuk dari darat, laut dan udara ke Johor," tambahnya.

flymojo
Menurutnya, dengan Iskandar Malaysia menjadi satu daripada koridor paling berjaya di Malaysia, ia akan menarik lebih ramai ahli perniagaan serta pelancong ke negeri berkenaan. 
 
Sementara itu, Penganalisis Pengangkutan Serantau di Institut Penyelidikan RHB, Ahmad Maghfur Usman, memberitahu Bernama, pelanggan seharusnya gembira dengan kemunculan syarikat penerbangan baharu itu kerana harga tiket akan turun.

"Persaingan akan bertambah apabila syarikat penerbangan baharu memasuki pasaran. Sudah tentu ia akan memberi kesan negatif kepada syarikat penerbangan sedia ada," katanya.
 
Ahmad Maghfur, bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menjangka perkara itu kerana syarikat itu akan mula beroperasi tahun depan - Astro Awani

"Kita belum tahu ke mana hala tujunya," katanya.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one