Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015

Gambar Dan Video Sekitar Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, Isnin 23 Mac 2015 (Cuti umum Negeri Johor) telah dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, Johor Bahru pagi ini. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015 yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. - BERNAMA

Gambar Dan Video Sekitar Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
* Gambar kereta Sultan Johor, Sultan Pahang, TMJ, TTJ, TPJ
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
LAMBAIAN CERIA DARI DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR DAN RAJA ZARITH SOFIAH
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
KEBERANGKATAN TIBA DYMM SULTAN HAJI AHMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR, SULTAN PAHANG
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
KETIBAAN TUNKU PANGLIMA JOHOR
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
KETIBAAN TUNKU TEMENGGUNG JOHOR
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
KETIBAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR
Gambar Dan Video Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015

Kredit gambar FB Johor Southern Tigers, FB Brotherhood Johor, Jauhar,  Muafakat Johor

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 23 Mac, 2015
Semoga diberkati Allah. Amiin..