Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015. Perhimpunan kemuncak 'Kita Lawan' berlangsung petang ini di mana ia merupakan simbol sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah sebelum ini telahpun mengeluarkan amaran meminta orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini kerana perhimpunan tersebut melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menara Maybank, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat Pos Besar menjadi empat hentian untuk peserta demonstrasi 'Kita Lawan' berkumpul dan berarak sebelum kemuncak perhimpunan di pusat membeli belah Sogo yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu. Menurut laman Facebook rasmi 'Kita Lawan', beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan berada di setiap lokasi bermula pukul 3 petang ini sebelum memulakan perarakan ke pusat membeli belah berkenaan.

"Tema adalah warna hitam. Petugas keselamatan Unit Amal dan Skuad AMK, kecemasan (medic team) dan peguam (urgent arrest) akan diaktifkan," kata laman itu.


Berikut antara gambar-gambar sekitar perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015
* Terkini : Dianggarkan lebih empat ribu orang menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan di KLCC, Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini.
Perhimpunan bermula dengan para peserta berkumpul di beberapa lokasi ditetapkan di ibu negara iaitu di pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Pasir Seni sebelum berarak dan akhirnya berkumpul di KLCC.

Keadaan menjadi sesak di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur termasuk di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman berikutan perarakan yang diadakan oleh peserta yang rata-ratanya memakai baju berwarna hitam.

Sekitar jam 5 petang, beberapa bunyi letupan kedengaran berdekatan Masjid Jamek, Sogo dan KLCC. Namun kemudiannya dilaporkan hanyalah bunyi mercun. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah; dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Turut kelihatan ialah aktivis Adam Adli dan Hishamuddin Rais.


Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015
Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015
Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan 'Kita Lawan' 7 Mac 2015
Gambar kredit Astro Awani
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now