Harga Gas Masak LPG 2017 Terkini

Harga Gas Memasak LPG Kekal RM26.60 Bagi Tong 14 Kg. Berapakah harga gas memasak terkini tahun 2017? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini kekal pada kadar harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad seperti yang diputuskan oleh Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat pada 8 Mac 2015. 

Harga Gas Memasak Terkini Tahun 2017

Sebelum ini Menteri KPDNKK, YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK ada mengulas mengenai Harga Gas Masak LPG 2015 Terkini.
"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

"Kita akui sejak 16 tahun lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,"

Dengan tiada kenaikan harga baharu LPG buat masa kini, langkah kerajaan ini dilihat sebagai langkah bijak dalam menjaga kepentingan rakyat pada masa kini.


Harga Gas memasak terkini

Berita Terkini : Harga Gas berkuatkuasa pada 1 Julai 2015.

Berikut adalah HARGA SEMASA bagi gas LPG bersubsidi (tong gas memasak) bagi pengguna (ISI RUMAH) khususnya iaitu 10 kg, 12 kg dan 14 kg.


Harga Gas Memasak terkini


harga gas memasak 1 julai 2015
Sebagai panduan, pengguna boleh membuat laporan ke KPDNKK terhadap perniagaan yang tidak beretika dengan merujuk panduan di Aduan KPDNKK. Semoga perkongsian harga gas memasak terkini 2017 bermanfaat buat semua.

{ 13 comments.. read them below or add one }

nyonyacyber nyonyacyber 15 November, 2015
Saya tinggal di permai putri ampang sel harga 14kg rm30
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Disember, 2015
majority rm30... tak kan peniaga nak untung satu tong rm1.00? biasa lah, lagi pun kerajaan tak buat kerja pun pantau..
kcliang kcliang 16 April, 2016
di tongkang pechah batu pahat johor pun sama 1 tong 14kg rm30,kerajaan buat kerja lah....
kcliang kcliang 16 April, 2016
Saya tinggal di tongkang pechah batu pahat johor,ada sebuah kedai runcit jual barang~barangan semuar hagal lebih tingi kepada kedai runcit lain,gas 14kg rm30 satu tong.
petra crest petra crest 17 April, 2016
saya beli rm29 selayang
Mohd Faeq Mohd Faeq 03 Mei, 2016
Di kelantan Ayah Saya jual gas dengan harga yang ditetapkan. Tapi KPNDKK nak macam-macam. sampai nak apply lesen PDA pun itu la. ini la. ada je yang x kena.kenapa orang yang jual dengan harga tinggi.. elok je dekat bandar. sesetengah ada je PDA. saya tinggal d ampang lembah jaya ni. harga x kurang pun dari RM 30. itu yang saya dapat tahu. walhal peniaga tu da sangat untung berbanding di kampung saya kelantan yang terpaksa ambil gas di port klang. itu pun masih dipertikai.
anonymous anonymous 02 Mei, 2017
Saya Baru beli, Kat ceras Ni,....satu tong RM35.00,???, saya Baru pindah sini,.?beli dgn tong ,...jadi RM 135.00...
elz elz 17 Jun, 2017
Sy bru beli dkt Flat Sunway Batu Caves, RM 29. Kerajaan tlg pantau ikut harga kawalan.
Unknown Unknown 23 Julai, 2017
Saya baru berpindah dan saya nak beli gas..Harga keseluruhan semua nya barapa ya?Sebab saya tiada tong gas
buta it buta it 14 Ogos, 2017
harga rm30 tu siap hantar ke atau ambil sendiri..
kunil gunting kunil gunting 26 Ogos, 2017
Sya baru ganti gas rm31..setiap hari lori akan lalu dpn rumah utk jual gas..Gas dah naik harga ke?
Salasiah Ismail Salasiah Ismail 14 September, 2017
Yg 14 KG Siap hantar Rumah RM30.00 hengit katanya kedai Mamak