Jadual Bekalan Air Berjadual SAJ Kluang Mac Dan April 2015

Jadual Catuan Bekalan Air Berjadual SAJ Kawasan Kluang Mac Dan April 2015. SAJ Holdings Sdn Bhd melalui makluman di FB Setitis Yang Bermakna akan mengambil langkah pelaksanaan bekalan air berjadual (catuan air) bagi kawasan Kluang yang menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air Sembrong Timur berikutan paras air di Sungai Sembrong Kiri semakin menyusut berikutan fenomena cuaca panas dan kering. Keadaan ini menyebakan loji tersebut tidak dapat merawat air pada kadar normal.

Justeru, dengan pengeluaran loji yang amat terhad, pihak SAJ yang bertanggungjawab dalam mengagihkan pembekalan air bersih terawat berusaha untuk mengagihkan bekalan air bersih tersebut secara adil dan menyeluruh kepada semua pengguna yang terlibat. 


catuan air kluangSehubungan dengan keadaan cuaca sebegitu yang dijangka berakhir April ini, maka SAJ melaksanakan proses pengagihan air secara berjadual khusus bagi penduduk yang menerima bekalan air daripada loji yang tersebut bermula 8 Mac hingga 8 April 2015.

Gunakan air secara berhemah agar pengguna yang terlibat dapat menikmati bekalan air yang sedia ada bersama-sama.

Segala kesulitan amat dikesali dan untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SAJ Info Center di Talian Mesra 1800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau emel customer.care@saj.com.my

Jadual Catuan Bekalan Air Berjadual SAJ Kluang Mac Dan April 2015
. Berikut adalah kawasan yang terlibat dalam Bekalan Air Berjadual di daerah Kluang, Johor mulai 8 Mac hingga 8 April 2015.

Bekalan air bersih akan disalurkan setiap 36 jam. Zon A, B, C, G, H dan I akan menerima bekalan air mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam. Zon D, E, J, K dan L akan menerima bekalan mulai 12.00 tengah malam hingga 12.00 tengahari mengikut tarikh yang telah dijadualkan

**Nota: Tarikh yang dinyatakan merupakan TIADA BEKALAN AIR

Kawasan yang terlibat dalam Bekalan Air Berjadual SAJ 2015:

ZON A:
Sepanjang Jalan Batu Pahat sebelah kiri mulai Tmn. Persona, Tmn. Bersatu, Tmn. Kluang Jaya / Desa Harmoni, Tmn. Intan, Pejabat Felda, Kilang Rivertax, Kampus INTAN, Tmn. Kluang Barat, Kawasan Industri Mengkibol, Kilang MML, Institut Veterinar & Tmn. Sri Andal.

ZON B:
Sepanjang Jalan Batu Pahat sebelah kanan mulai Tmn. Sri Kluang, Kg. Bentong, Tmn. Kerjasama, Tmn. Emas, Tmn. Ilham, Tmn. Bintang, Tmn. Berlian, Tmn. Permata, Wisma Persekutuan, Tmn. Desa, Kilang Simen, Tmn. Saujana & Felcra Bt.67.

ZON C:
Sepanjang Jalan Batu Pahat mulai Kg. MIC, Pekan Sri Lalang & sekitar, Tmn. Sri Lalang, Kg. Sri Bungsu, Ladang Nanyo, Tmn. Ria, PUSPAKOM, Jalan Sekolah, Kg. Bt. 6, Kg. Rahmat, Kg, Hj. Hamzah, Institut Haiwan, Kg. Bt. 8, IPAH, Pusat Pertanian & PLUS.

Zon G:
Seluruh kawasan Kg. Kolam Air, Jalan Kolam Air, Merdeka Hotel, Pejabat Kaji Cuaca, Sunrise Park, Pusat Kesihatan Jalan Mengkibol, Tmn. Delima 1, 2, 3, Tmn. Muhibah, Tmn. Titiwangsa, Kolej Vokasional, SMK Jalan Mengkibol, Tmn. Mengkibol, Kg. Mengkibol, Kg. Suria, Kilang Guocerra.

ZON H:
Seluruh kawasan Kg. Baru Sg. Sayong, Estet Bukit Ulu Benut, Kg. Mardi, PORIM, MARDI, MPOB, Tmn. Sri Lambak (T6), Marditech, Sek. Men Sains Sembrong, Tmn. Sri Impian, Jalan Mohd. Salim dan Kg. Melayu.

ZON I:
Seluruh kawasan Kluang Baru, Jalan Kg. Paya, Klinik Kesihatan, Pondok POLIS, Kg. Paya Baru, Jalan Pari, Tmn. Indah Jaya, Tmn. Sri Permai 1 & 2, Tmn Damai, Kg. Palembang Baru, Tmn. Koorakyat, Tmn. Kapten Ahmad, Tmn. Ilham, Tmn. Bertuah, Tmn. Nasib, Tmn. Dato' Amar DiRaja, SJKC Kg. Paya, Gerai Majlis, Dewan Kg. Paya dan Tmn. Matahari.

Tarikh:
Mac 2015 (8, 9, 11, 12, 14, 15, 17, 18, 20, 21, 23, 24, 26, 27, 29 & 30)
April 2015 (1, 2, 4, 5, 7 & 8)

********************************************************************************
ZON D:
Seluruh Kem Mahkota dan Kem Jalan Dorset.

ZON E:
Seluruh kawasan Lian Seng Garden termasuk Kg. Hj. Manan, Tmn. Lian Seng, Tmn. Rebana, Tmn. Suria, Tmn. Murni, Tmn. Sutera Indah, Tmn. Kiaramas, Tmn. Pelangi, Tmn. Pelangi Jaya, Tmn. Cahaya Pelangi, Tmn. Pelangi Indah, Tmn. Perwira Jaya, Tmn. Sri Suria, Tmn Sri Menanti, Tmn. Kluang, Kg. Palembang Lama, Tmn. Melodi, SMK Sri Perdana, Kluang Mall, Pasar Awam, Pencawang TNB.

ZON F:
Seluruh kawasan Tmn. Idaman, Sekolah Tengku Mahmood 1 & 2, Sekolah Tinggi Kluang, Masjid Jamek, Ibu Pejabat POLIS, Sek Men Agama Johor, Sek Agama, Kem 501, Jalan Sejahtera, Asrama Jururawat, Hospital lama. Seluruh Jalan Sekolah Chong Hwa, Jalan Lambak, Wisma Bunga, Wisma Johbase, Jalan Cantik. Masjid India dan seluruh Tmn. Bukit Kurnia.

ZON J:
Seluruh kawasan Kg. Tengah, Kg. Tengah Dalam, Tmn. Fajar, Tmn. Makmur, Tmn. Sri Tengah, Kg. Baru, Kg. Semberong Dalam, Kg Semberong Lapis, Tmn Orkid, Tmn. Tambak, Tmn. Kasih, Kg. Tanah Runtuh, Industri Lau Kim Teck, Kilang MML, Tmn. Padang Tembak, Jalan Padang Tembak, Kg. Padang Tembak. Kg. Sri Tenggara. Kawasan penternakan Ayam/Khinzir dan Ldg. Pamol Jalan Paloh.

ZON K:
Seluruh kawasan Kem Bt 3 Jalan Mersing, Depoh Peluru, Tmn. Bahagia, Tmn. Megah, Sam Hoe Garden, Tmn. Tropika, Tmn. Koperasi, Tmn. Sri Jaya, Tmn. Ria, Restoran Cincin Lido, Tmn. Aman, Kg. Majid, Tmn. Kg. Majid, Tmn. Majupadu, Tmn. Gunung Lambak, Kg. Gunung Lambak, Kg. Sri Lambak, Hospital Pakar Utama, Estet Mengkibol, Tmn. Kluang Indah, Yap Tau Sah, Industri Yap Tau Sau, Jalan Besar, Kg. Abd Rahman Yassin.

ZON L:
Seluruh kawasan Kg. Cahaya, Kilang Kimberly Clark, Kilang Tin, Kg Sembrong Iman, kawasan Industri Jalan Mersing, Kilang Peti Sejuk, Industri Jalan Mersing 2, Tmn. Puteri, Industri Sinaran, Industri Matahari, Industri Wawasan, Kg. Melayu Bt. 5, Estet Ringo Malay, Estet Chuan Hoe, Penjara Kg. Gajah, Kg. Sri Tambak, Kg. Gajah, Taman Perdana, Pejabat Hutan & kuarters, GSA Bt 13, Ladang. Halifah, PLKN.

Tarikh:
Mac 2015 (9, 10, 12, 13, 15, 16, 18, 19, 21, 22, 24, 25, 27, 28, 30 & 31)
April 2015 (2, 3, 5 & 6)

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan bekalan air setempat boleh terus menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau menerusi emel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

zahira badria zahira badria 07 Julai, 2015
Bagus artikelnya.. padat dan berisi, semoga selau sehat, rejekinya tambah banyak dan sehat selalu.. salam sukses buat teman-teman semua..amiin
Tempat Kursus website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di jakarta