Jadual Catuan Air Kota Tinggi Dan Mersing Bermula 18 April 2016

Jadual Catuan Air Kota Tinggi Dan Mersing 18 April Hingga 15 Mei 2016. Catuan air atau bekalan air berjadual (BAB) di Johor akan dilaksanakan di dua buah daerah iaitu Kota Tinggi dan Mersing ketika cuaca panas dan kering masa kini. Dipetik dari status FB Setitis Yang Bermakna (SAJ), yang memaklumkan bahawa catuan air berjadual akan dilakukan di daerah Kota Tinggi dan Mersing bermula 18 April hingga 15 Mei 2016. Sebelum ini jadual catuan air juga di buat di Johor baru-baru ini iaitu di Kota Tinggi dan Pasir Gudang

Langkah pencatuan air berjadual terpaksa dilaksanakan selepas paras air di empat loji rawatan air di kedua-dua daerah telah mencapai tahap kritikal. Loji rawatan air adalah di Lok Heng & Sungai Gembut di Kota Tinggi dan Sungai Mersing & Tenglu di Mersing.

Jadual Catuan Air Kota Tinggi/ Mersing Bermula 18 April 2016

Berikut adalah kawasan yang terlibat dalam Bekalan Air Berjadual di daerah Kota Tinggi dan Mersing, Johor mulai 18 April hingga 15 Mei 2016 :-

Daerah Kota Tinggi

Daerah Mersing

  • Loji Rawatan Air Sg Mersing dan Tenglu : 20 April hingga 15 Mei 2016  
  • Jadual Bekalan Air Berjadual sila klik Catuan Air Mersing  
senarai kawasan catuan air Kota Tinggi Dan Mersing Bermula 18 April 2016

Kawasan Yang Terlibat Dengan Bekalan Air Berjadual

Berikut adalah kawasan yang terlibat dalam Bekalan Air Berjadual seperti tarikh dinyatakan di atas :-

1. Daerah Kota Tinggi

Kawasan yang terlibat di Kota Tinggi adalah seperti berikut :-
  1. Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter, Felda Simpang Waha, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan dan Bukit Tentera.
  2. Felda Bukit Aping Timur, Felda Bukit Aping Barat, Bandar Sri Perani, Gembut Cina, PPRT Kampung Sayang, Pekan Tanjung Sedili, Kampung Tuan Seh, Taman Tuan Seh, Sedili Kecil, Kampung Belukar Durian, Telok Mahkota, Kampung Sri Gading Laut & Dalam, Kampung Sri Paya, Kampung Mawai Baru, Kampung Mawai Lama, Jalan Mersing, PPRT Mawai, Ladang Sungai Mong dan Jalan Mawai.
  3. Kampung Gembut, Kampung Singapura, Kampung Sentosa, Kampung Teluk Jeri Luar & Dalam, Taman Sedili, Legaran Air Gemuruh, Kampung Sayang, Sedili Besar, Kampung Telok, Kampung Perepat, Kampungh Semayong, Kampung Nelayan dan Kampung Teluk Nyireh.

Daerah Mersing

Di Mersing kawasan yang terlibat dengan BAB adalah seperti berikut :-
  1. Kilometer 0.5 ke Km 14 Jalan Mersing-Endau, Taman Pantai Timor, Taman Samudera, Taman Sri Bayu, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Air Merah, Taman Air Merah, Taman Guru, Taman Sutera Indah, Harta Kuala Mayang, Jalan Hassan, Taman Emas, Kampung Sawah Dato, Kampung Sri Lalang, Kampung Silapu, Taman Intan, Pusat Desa Bina Diri, Felcra Bukit Pedoman, Kampung Tenglu KM6 ke Km 14, Taman Lautan Biru, Kampung Makam, Kampung Tenglu Besar, Jalan Sekolah, Jalan Dato 'Onn dan Jalan Abdullah.
  2. Kilometer 0.5 ke KM 12 Jalan Mersing-Jemaluang, bandar Mersing, Hotel Sri Malaysia, Jalan Ismail, Jalan Panchor, Jalan Abu Bakar, Jalan Sultanah, Kuarters Kastam, Air Putih, Mersing Kecil, Jalan Mahkota, Jalan Bukit, Jalan Padang , Taman Sri Mersing, Taman Nakhoda, Taman Wawasan, Kampung Sri Pantai, Taman Pantai, Kampung Bukit Jaya, Kampung Paya Tingal, Taman Haji Hashim, Kampung Gajah Mati dan Pekan Jemaluang.
Kepada pengguna yang terlibat dengan catuan air, anda dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran memandangkan keadaan semasa bekalan air di kedua-dua daerah yang semakin berkurangan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi SAJ Info Centre di 1 800 88 7474 atau SMS di 019-772 7474 atau e-mel di customer.care.saj.com.my

0 comment... add one now