Jadual Dan Tarikh Lawatan DYMM Sultan Johor Ke Daerah Negeri Johor 2015

Jadual Dan Lokasi Lawatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke setiap daerah Negeri Johor Darul Ta'zim. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, Isnin 23 Mac 2015 (Cuti umum Negeri Johor) telah dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, Johor Bahru pagi ini. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
Majlis yang panjang ini tidak berakhir di sini apabila DYMM Sultan Johor akan melawat semua daerah di Negeri Johor Darul Ta'zim bermula pada hujung bulan Mac ini hingga April 2015.  


Jadual Dan Tarikh Lawatan DYMM Sultan Johor Ke Daerah Negeri Johor 2015

Jadual Dan Tarikh Lawatan DYMM Sultan Johor Ke Daerah Negeri Johor 2015
Berikut adalah jadual dan tarikh lawatan DYMM Sultan Johor ke semua daerah di Negeri Johor Darul Ta'zim 2015 :- 1. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Johor Bahru
Tarikh & Masa - 28 Mac 2015 (Sabtu - 3 petang)
Lokasi - Padang Awam, Gelang Patah, Johor Bahru

2. Perasmian Masjid Di Permas Jaya, Johor Bahru
Tarikh & Masa - 3 April 2015 (Jumaat - 1245 tengahari)
Lokasi - Permas Jaya, Johor Bahru

3. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Kluang
Tarikh & Masa - 4 April 2015 (Sabtu - 3 petang)
Lokasi - Laman Tasik, Kluang

4. Persembahan TATU ATM
Tarikh & Masa - 4 April 2015 (Sabtu - 8 malam)
Lokasi - Stadium Kluang

5. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Batu Pahat
Tarikh & Masa - 5 April 2015 (Ahad - 3 petang)
Lokasi - Stadium Batu Pahat

6. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Pontian
Tarikh & Masa - 7 April 2015 (Selasa - 3 petang)
Lokasi - Stadium Mini Pontian

7. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Mersing
Tarikh & Masa - 9 April 2015 (Khamis - 3 petang)
Lokasi - Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Mersing

8. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Kota Tinggi
Tarikh & Masa - 14 April 2015 (Selasa - 3 petang)
Lokasi - Padang Bukit Kerajaan Kota Tinggi

9. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Kulaijaya
Tarikh & Masa - 16 April 2015 (Khamis - 3 petang)
Lokasi - Perkarangan Pejabat Daerah Kulaijaya

10. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Muar
Tarikh & Masa - 18 April 2015 (Sabtu - 3 petang)
Lokasi - Dataran Tanjung Emas, Muar

11. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Segamat
Tarikh & Masa - 19 April 2015 (Ahad - 3 petang)
Lokasi - Dataran Segamat

12. Jamuan Teh Rakyat Bagi Daerah Ledang
Tarikh & Masa - 20 April 2015 (Isnin - 3 petang)
Lokasi - Dataran Ledang
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now