Kemaskini Borang Permohonan UPU 2017 Online

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2017 Online. Bagaimana cara membuat pengemaskinian permohonan UPU 2017? Sebagai panduan ringkas, berikut adalah cara membuat kemaskini Permohonan UPU Ke IPTA sesi 2017/ 2018 secara online.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016 yang telah diumumkan keputusannya pada 16 Mac 2017 yang lalu. Kini tiba masanya untuk membuat pengemaskinian Borang Permohonan UPU 2017 secara online berdasarkan hasil keputusan SPM 2016 sebenar yang pelajar dapat.
Untuk makluman, tiada had pengemaskinian untuk permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2017. Semakan keputusan UPU 2017 boleh disemak dengan merujuk tarikh penting ini.
cara kemaskini permohonan upu 2017

Kemaskini Permohonan UPU 2017 Online

Berikut dikongsikan cara membuat kemaskini permohonan UPU online di mana tiada had pengemaskinian permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2017.

Cara Kemaskini Borang UPU

  1. Buka Portal UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/
  2. Klik pada Permohonan Kemasukan
  3. Log Masuk seperti biasa
  4. Kemaskini pada ruangan yang dikehendaki
  5. Klik SAH dan HANTAR
Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan  permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Untuk gambaran yang lebih jelas dalam membuat pengemaskinian, sila rujuk grafik di bawah ini yang dikongsikan dari FB Rasmi UPU.
cara kemaskini upu 2016

Permohonan Fasa 2 UPU Online

Berikut dikongsikan tarikh buka permohonan FASA 2 UPU 
  • 1 hingga 17 Jun :  Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA
  • 18 hingga 24 Jun : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

Cara Membenarkan Allow Pop-Ups 

Jika pemohon menghadapi masalah sila rujuk grafik yang dikongsikan dalam membenarkan Pop-Ups di Google Chrome dan Mozilla Firefox.
allow pop-ups upu 2016 chrome
allow pop ups upu mozilla

Perkara Wajib Perlu Lakukan Sebelum Tarikh Tutup Permohonan

PERKARA WAJIB YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM TUTUP SISTEM PERMOHONAN UPUOnline
 
perkara wajib sebelum upu online ditutup

Cara Hubungi UPU

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti UPU di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu


Selamat membuat pengemaskinian Borang Permohonan UPU 2017 secara Online dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now