Keputusan PRK DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015

Keputusan PRK DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015. Sejumlah 20,390 orang pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pengundian Pilihanraya Kecil DUN Chempaka (N06), Kelantan hari ini 22 Mac 2015. Seramai 21, 890 pemilih layak mengundi pada PRK itu dengan 20, 390 pengundi biasa, 1, 497 pengundi awal dan tiga pengundi luar negara. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dijangka akan diumumkan pada 9.30 malam ini.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Nik Aziz mewakili PAS menang kerusi DUN Chempaka dengan meraih majoriti 6,500 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd Razak. Nik Aziz meraih 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.
PRK DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015
PRK DUN Chempaka bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan, Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan, Aslah Mamat, 64.

Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK itu kerana memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

KEPUTUSAN PENUH PRK DUN CHEMPAKA KELANTAN 22 MAC 2015
1) Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad (PAS) - 10, 899 Undi
2) Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS - Pen) - 51 undi
3) Sharif Mahmood (BEBAS - Gajah) - 807 undi
4) Fadzillah Hussin (BEBAS - Kunci) - 89 undi
5) Aslah Mamat (BEBAS - Buku) - 27 undi


140 undi rosak
Peratusan keluar mengundi 55 peratus
Calon PAS Menang Dengan MAJORITI: 10,092
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now