Kisah Dan Pengalaman Saya Menjadi Isteri Kedua (Poligami)

Kisah Dan Pengalaman Saya Menjadi Isteri Kedua (Poligami). Jangan salahkan poligami..salahkan orang yang menyalahgunakan hak berpoligami Bukan semua perempuan kedua itu perampas. kadang-kadang cinta datang tanpa diduga. Allah yang mengurniakan rasa cinta itu dalam hati manusia.dan sebenarnya poligami dapat menyelamatkam ramai wanita yang memerlukan suami sebagai pembimbing dan penyelamat dalam kehidupan mereka.
kisah berpoligami

Kisah Dan Pengalaman Wanita Berpoligami

Kisah 1  

Saya nak kongsi cerita saya sebagai isteri kedua. Saya berkahwin jun 08 pada umur 34thn. Kami xbercinta, cuma rakan sekerja. Bila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan saya isteri kedua, saya menolak. Tapi kami tetap berkawan macam biasa. 4bulan dalam perasaan xmenentu, dia tetap pujuk saya. Last, saya solat istikharah beberapa hari. Ada perasaan aneh muncul, saya terus tima dia. Peliknya, ati saya jd tenang sgt lepas setuju tima dia. Kami kawin ikut prosedur mahkamah dgn persetujuan isteri pertama. Hubungan dgn madu baik. Tapi xlama. Dia mula cemburu. Bila suami dgn saya, dia megamuk, antar sms marah2, merajuk dll. Saya dah rimas. 2 kali kami hampir bercerai gara- gara isteri pertama. Sekarang ni kami xbaik macam dulu lg. Isteri pertama sebenarnya baik. Mungkin sebab tekanan keluarganya dia jadi murung. Suami saya baik, cuba berlaku adil. 

Sebelum kawin, isteri pertama bagi syarat. Giliran bermalam untuk saya hanya 2malam dan dia 5malam. Memandangkan dia ada anak kecil saya xberkira. Tapi sekejap je syarat tu berjalan. Dia selalu wat hal. Sekarang, saya hanya dapat satu malam. Petang2 suami saya datang jika ada masa. Tapi kami xleh gi mana2, nak gi melancong jgn harap la. Setahun lebih kawin, saya belum pernah gi mana2 dgn suami. Saya pasrah. Sebab saya yakin, Allah maha adil. Suatu masa nanti  saya akan dapat apa yang saya nak. Pernah saya paksa suami lepaskan saya jika xdapat berlaku adil. Tapi isteri pertama rayu saya dan suami agar xteruskan niat bercerai. Alhamdulillah, walau dlm situasi gini pun, kami suami isteri sentiasa bahagia, sebab suami sentiasa berlembut dan penyayang. Nasihat saya pada saya nak jadi 2nd wife, pk betul2, tanya hati, boleh kah tahan kena kutuk oleh masyarakat. Kuat kah nak tima serangan dari madu. Kalau rasa ok, teruskan niat anda. Allah dah pilih kita, maksudnya kita memang mampu hadapi ujian bermadu. Bahagia atau tidak, Allah yang tentukan. Wasallam

Kisah 2  

Di sini..saya ingin menceritakan dan berkongsi perasaan saya sebagai bakal isteri kedua, insyaAllah..Saya mula mengenali suami orang ini ketika saya sedang bekerja sementara di sebuah agensi kerajaan. Bila saya dan dia sama2 mengimbas balik kisah pertemuan tu, ternyata ianya adalah cinta pandang pertama antara kedua-dua belah pihak, iaitu saya dan dirinya sendiri. Kebetulan pada masa itu, saya sedang mengalami situasi dingin dan bagai retak menanti belah dengan teman lelaki sy. Ternyata kehadiran suami org ini berjaya membuatkan saya melupakan teman lelaki saya sepenuhnya.

Kami menjalinkan hubungan istimewa selama 5 bulan. Namun apa yg dapat saya nyatakan di sini, dalam tempoh 5 bulan ini, kami dapat mengenali hati budi masing2. Tentu agak pelik dan tidak logik bagi sesiapa yang mendengar kenyataan ini, tapi itulah hakikatnya. Suami org ini tidak pernah mengutuk atau menyatakan perkara2 buruk mengenai isterinya. Pada mulanya, saya memang merasa cemburu bila mendengar dia  bercerita mengenai isterinya, tapi lama-kelamaan hati saya wujud perasaan kasih dan sayang pada isterinya. Suami orang ini turut mempunyai anak yang ketika ini sudah berusia 10 bulan. Hakikatnya, perasaan kasih dan sayang yg ada dalam hati saya ini bukan hanya wujud untuk suami ini, malah saya teramat sayangkan isteri dan anaknya. Sayang sangat2 dan saya tak tau nak gambarkan sayang dan kasih saya mcm mana..

Kami menjalinkan hubungan seperti biasa. Pada mulanya kami memang merancang utk berkahwin, tetapi memandangkan saya masih belajar, saya minta dia untuk meneruskan niat dia selepas saya habis belajar. Dia memahami situasi saya. Tapi kata orang..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hinggalah pada suatu hari, isterinya mendapat tahu mengenai perhubungan kami berdua. Rumah tangga mereka bergoyang tapi tidaklah sampai hendak bercerai. Saya merasa serba salah sangat dalam situasi ini. Tapi si suami ini acapkali mengatakan yang sebenarnya semua ini bukan salah saya. Semuanya berpunca dari dia. Dia tidak mengizinkan saya untuk menyalahkan diri atas apa yg telah berlaku.

Kami telah merujuk pada seorang ustad. Ustad tersebut meminta kami membuat solat tahajud, istikharah dan hajat untuk 3 malam berturut2 bagi diberi petunjuk. Malam pertama dan kedua saya lakukan, saya tak dapat apa2 petunjuk langsung melainkan hati saya kuat mengatakan saya tetap akan bersama dengan dia. Malam terakhir saya betul2 memohon pada Allah agar diberi petunjuk yang sebenar-benarnya. Andai dialah jodoh saya, saya minta Allah hadirkan dia dalam mimpi saya. Alhamdulilah, memang dia yg wujud dalam mimpi saya malam terakhir tersebut. Saya nampak dengan jelas bayangan wajahnya, bentuk tubuhnya dan sentuhannya..

Masalah yang saya hadapi sekarang ni adalah dari belah isterinya. Saya sangat memahami hatinya yang tidak boleh berkongsi suami dengan perempuan lain. Tapi apakan daya..suaminya dan saya memang tidak boleh berpisah. Sudah banyak kali si suami ckp pada isterinya yang dia tidak ada apa2 hubungan dengan saya lagi, tapi hakikatnya, hati kami berdua pedih sangat2 bila lafazkan kata2 itu. Si suami dan saya bercadang untuk terus menyembunyikan dahulu perkara sebenar setelah tertangkap hari tu, tapi mungkin Allah nak tunjuk yang kami tidak boleh berterusan begini, kami tertangkap buat kali yang kedua.

Semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan isterinya depan2 mata. Terus terang saya katakan saya tak sampai hati melihat isterinya berkeadaan begitu dengan tak habis2 melafazkan meminta saya melupakan suaminya demi anak kecilnya. Saya taktau nak buat mcm mana melainkan terpaksa berbohong lagi. Namun, hati saya sangat pedih untuk menyatakan yang saya tidak ada hati dan tidak cintakan lagi suaminya. Saya sayangkan keluarganya..memang saya nak bersama dengan suaminya, tapi saya taknak ada penceraian berlaku antara mereka. 

Si suami selalu berkata yang dia mempunyai dua hati. Walaupun saya wujud dalam hidupnya, dia masih sayangkan isteri dan anaknya. Saya sangat memahami hatinya dan rela berkongsi dengan isterinya. Tapi isterinya betul2 tak dpt menerima saya. Dia mengatakan dia geli untuk disentuh suaminya jika kami berkahwin. Pedih sangat hati saya bila dia bercakap mcm tu. Bila dia berkata saya betina jalang, pelacur, perempuan murahan dan pelbagai kata keji lain dilepmparkan pada saya, terus terang saya katakan, dengan ikhlas hati saya katakan, tak wujud sikit pun perasaan maraha atau benci pada isterinya sebab hati saya memang sayangkan isterinya. Saya dah anggap dia sebagai kakak dalam hidup saya..

Saya tau jika saya teruskan hubungan dengan suaminya, hidup kami tidak akan bahagia. Tentangan dari family suaminya, family isterinya dan family saya sendiri sudah pasti akan saya terima. Takde sorang pun yg boleh saya jadikan tempat mengadu sebab tiada siapa yang tahu saya bercinta dengan seorang suami orang. Isterinya sudah berkata andai suaminya memilih saya, dia suruh suaminya ceraikan dirinya dan dia dah bersumpah akan buat apa saja untuk pastikan kami berdua tidak bahagia. Saya benar-benar buntu sekarang ni. Apa pun, yang pasti, hati suami itu sendiri dan diri saya sendiri tidak boleh berpisah dan melepaskan diri masing2. Saya masih boleh bertahan sehingga sekarang semuanya kerana mimpi yang Allah datangkan pada saya pada malam itu. Setiap kali selesai solat, saya minta ditenangkan hati dan seolah-olah ada satu suara berbisik yang keajaiban akan berlaku...

Saya taktau apa akan jadi pada diri kami berdua sekarang. Bila si isteri buat begitu pada suami, si suami berkata pada saya yang hatinya dah tawar utk si isteri. Saya minta dia lupakan apa yg si isteri telah buat dan tanam balik cinta untuk si isterinya sebab saya betul2 taknak penceraian berlaku. Alhamdulillah, keadaan masih stabil sehingga ke hari ini. Si suami beritahu pada saya yg jika saya dah habis belajar, memang dia akan teruskan niat utk berkahwin tu, cuma sekarang ni saya masih belajar dan dia minta saya habiskan pengajian saya dulu..

Saya berkongsi pengalaman ini dengan anda semua kerana saya tahu dan saya yakin menjadi isteri kedua memang tidak salah. Cuma, kekuatan mental, fizikal dan rohani perlu ada untuk menempuh semua dugaan yang bakal mendatang. Untuk diri saya sendiri, sampai sekarang saya masih boleh bertahan dengan ujian ini cuma saya tak pasti hari2 esoknya bagaimana....

SUMBER - Halaqah.net 
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

{ 17 comments.. read them below or add one }

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 13 Mac, 2015
Yang berhati kental saja mampu mengharung hidup bermadu ni
nabilah.fatin.88 nabilah.fatin.88 31 Julai, 2015
Lupekan jela niat Nak jd Madu. Memangla xsalah tp mengundang banyak masalah. Nanti diri sendiri Marana.mengapa Perlu memeningkan kepala...jgan Dilayan suami orang..lelaki memangla ske layanan pempuan. Mcm2 Cara die Akan lakukan utk Memikat. Tu Semuanya lakonan. Usahla terpedaya. Jadilah wanita Bijak.
Srikandi Tun Teja Srikandi Tun Teja 06 Ogos, 2015
cakap memang mudah, kadang kadang sampai lupa pada qada' dan qadar. poligami tu tak salah. tapi pastikan kedua dua pihak dulu apa tu poligami. ilmuwan islam pun seolah olah takut sangat nak menjelas kan perihal poligami , sepatutnya ianya diajar dan dijelaskan sejelas-jelasnya macam hukum - hukum islam lain. isteri pertama tolak poligami salah pada suami sebab tak didik isteri tentang tawadhuk , redha dan ikhlas.. jangan pandai pandai kata poligami tak bagus dan mudarat, ada ke mana mana hukum ALLAH yang mudaratkan hambanya ...
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 Oktober, 2015
sy seorg isteri no 2,tp sy sedar dan tau mana tempat sy sbgai isteri kedua..dan sy sngt hormati kedua2nya,smpai la bila madu sy mula mereka-reka cerita tentang sy dan suami pd keluarga mertua dan kawan2 nya..Suami selalu stress dgn perangai madu sy smpai kan katanya sy seperti isteri pertama dan madu sy tu isteri kedua..
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 November, 2015
Assalamualaikum..allahu bergetar hati membaca kisah2 diatas..sesungguhnya saya juga berada dalam situasi seperti saudari..tak pernah mintak semua ni terjadi..tak terniat dihati untuk sakitkan hati mana2 pihak..seandainya tkdir yelah dittapkan kita berserah kepadaNya..sesungguhnya perancangan Allah sungguh cantik.
lehasyaratul lehasyaratul 13 November, 2015
Saya isteri ketige..tapi saya sedar kddkn saya..alhamdulilah madu2 saya bole menerime saya,,tapi kite xtauh kan prsaan org,,smuenye tlah dtntukan oleh ilahi..
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 November, 2015
Saya sendiri sekarang berada dalam keadaan dilema.... jika diikutkan hati dan perasaan memang sayang... tapi jika diikutkan akal dan fikiran, kesian pula pada isterinya. Memang betul2 keliru...
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 November, 2015
As Salam..sy tgh merasai situasi ini skrg.. Suami sy dah pun ade 2nd wife tanpa pengetahuan sy..bg sy poligami mmg xslh..sy beri sokongan tp kena btul cara n suami kena berakhlak mulia..sy failkan perceraian dgn suami sbb bg sy suami xlyk utk ade 2 isteri dlm ms 5 bln..huhu..bln 5 hr tu kawen ngan sy n skrg tgh preggy..bln lps kawen lg sorg dgn staf die..sy pernah jmp ppuan ni ms sy 3 bln usia kndgn..sy merayu dgn suami n ppuan tu utk tdk berkawen dulu smpi la sy bersalin tp dua2 ni xnk bntu sy malah berhubungan intim kt blkg sy..sedih x?sy tpksa cerita kt fam sy psl suami sy..bla da cmpr tgn family, family anggap sy teraniaya dgn sy x diizin bkja since berkawen even sy ade degree.. Tmbh plak, fam belah suami buang sy terus..sbb apa sy kata buang? Sbb mak bapak n adik beradik die blocked number fon sy..abg sy sbg wali cal bapak die xberjwb smpi hr ni...sy kuat demi ank ni walaupun Allah je yg tau mcm mn sy rs.. Sy failkan cerai sbb sy xnk kecewa lg sbb suami sy solat slalu tggl, nfkah xbrape nk jg n akidah xbrape cun tp ade ht nk jg 1 lg..sbb tu poligami jgn disalah erti..slhkan pihak yg aniaya kite..dlm case ni, suami n wife br da aniaya sy sbb sy blum dpt merasa sepenuhnye belaian n jagaan dr suami semasa sy tgh preggy skrg..sy mampu berdoa moga di cptkan masa jatuh talak sy sbg isteri..sy tdk bersama suami sy lg skrg.. Sy sentiasa mohon keampunan agar sy di ampunkan Allah jika sy berdosa meninggalkan rumah..jd yg nk jd wife ke2, kena tolak ansur jgk k..selidik latar blkg laki dulu..if die btul2 jg wife pertama, xmenipu n jujur utk kawen sorg lg den xslh..sy sokong! Tp kalo case mcm sy tanpa kesian kt sy, sy da xperlu tunduk..baik amik haluan sdiri sbb akhlak suami n wife ke2 sgt xhormat sy.. Wallahua'lam
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 November, 2015
Sy da dimadukan oleh suami sy dlm sy tgh preggy 3 bln..kawen bln5 hr tu.. Bln lps da kawen lain..jmp ppuan tu utk merayu mntk tggu lps bersalin n bia sy rs pengalaman preggy smpi bersalin tp sikap suami n ppuan tu mcm menganiaya sy..sy izin berpoligami n sokong tp kalo akhlak kedua2 mcm xbtul, sy tarik diri n failkan perceraian..kalo stay pun merana bdn..xpe la..bkn rzki sy utk kekal lm dlm rumh tgga..kpd yg nk jd isteri ke2, pastikan suami anda ade akhlak yg baik..br la nmpk adil..ni trg2 xhormat wife pertama..mntk dilps cara baik tp xnk..siap ckp kite plak yg derhaka..di herdik, di maki..sy redha.. Bia Allah yg bls semua perbuatan mereka.. Sy ampunkan mereka..tiada dendam..doakan sy dpt bersalin dgn sempurna n selamat..
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Januari, 2016
sy berkasih dengan suami org. masuk tahun ni je da 5 tahun. die seorg yg sgt baik & penyayang. die juga xpernah memburukkan isterinya. cuma dia seperti takut untuk memberitahu kisah kami. sy pernah juga beberapa kali meminta putuskan hubungan. Tetapi cair dengan pujukan darinya. sy sendiri tidak pasti bagaimana akhirnya hub kami nnt.
salam salam 14 Februari, 2016
Salam sis.. Sy berada dlm situasi sis..tp hubungan ni masih baru..dia suami org..anak 2. Nmpak serius dlm niat n hasrat utk mnjadikan sy isteri ke2.. Dia xpernah bercerita buruk pasal isteri pertama n dia akui dia bahagia dgn isteri pertama..kadang2 sy sndiri trtanya knapa dia nk tmbah satu lg..dia hanya mngatkan niat dia hanya Allah y tahu.. Buat masa skrg..masih baru n sdg merancang cara terbaik utk bgthu isteri pertama.sy masih bljar..lg 2 thun nk hbis..tp dia merancang utk berkahwin thun hadapan n sewaktu sy bljar..skrg tgh buntu.. Apa y sgt dibimbangkan n mnggusarkan penerimaan ibu bapa saya..
Giea Mohammad Giea Mohammad 01 Mac, 2016
Mcam ni lah kalau betul sanggup jadi isteri num 2 pastikan bakal suami bawak anda berjumpa dengan isteri pertama. Kalau dia kata nak kawin kat sempadan bye2 kan jelah jantan jenis mcm ni. Dia keluar berdating dengan pompuan lain pun dah dikira tak baik kan. kalau dia sendiri tak berani nak bercerita yang benar kat isteri pertama makanya masalah memang akan menjelma lepas kawin. Tak mengutuk isteri pertama itu tak bermakna dia lelaki yang baik. Lelaki kalau nak kawin 2 tak semena-mena boleh jadi seorang pelakon yang sungguh baik menghayati watak. Dan nak berlaku dik ni adalah payah.
ben ben 11 Mac, 2016
Saya seorg suami kpd 2 org anak...saya punya wife yg baik n caring.saya ada niat nk kawin lagi 1..hanya ALLAH S.W.T yg tahu..semoga saya dpt berlaku adil kpd mereka berdua dan tanggnungjwb yg semakin besar...amin
Azharudin Hamid Azharudin Hamid 21 Jun, 2016
Ye betul tu, mcm tu la saye tengok isteri kedua saye.. Bhati kental
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Julai, 2016
Senangnye awak jawab ttg tanggungjwb kan.macam masak maggie kat dapur je.kelakar jugak kekadang ngan kaum adam ni.perkara sunat lain takmo buat.yang melibatkn nafsu tu jugak yg dipilih.ingatkan bila berpoligami lagi kuat pegi masjid rupenye lebih byk di rumah utk penuhi khdk nafsu .kasihan lah
Tanpa Nama Tanpa Nama 31 Ogos, 2016
Allah beri kita pilihan samada nak jadi isteri kedua atau tidak..asyik2 berserah pada Tuhan kalau tak nak takkan jadi. Allah bagi kita akal dan fikiran. Pilihan ditangan sendiri. Semua berpangkal pada hati melainkan kalau ada orang acukan pistol di kepala maka tiada pilihan tapi kalau wanita sejati dan berhati perut takkan sanggup melukakan hati seorang wanita lain. Hancurnya hati seorang wanita Allah sahaja yang tahu apabila suami berkahwin lain. Fikirkanla..
Nor Nor 01 September, 2016
Rasullulah pun x berkahwin lbh satu semasa hayat khadijah.....rasulullah syg sgt2 kt khadijah.....camna lak lelaki skrng menzahirkan syg kt isteri pertama dgn kawin lg....tu pun kalau mampu serba serbi....bab kawin ni semua kata ikut sunnah...tp yg pelik sunnah2 lain x mo nk ikut lak.....