Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 - Jadual Perlumbaan

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 - Jadual Perlumbaan. Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), edisi ke-20 yang akan bermula 8 hingga 15 Mac ini. Pelumba pecut Itali Andrea Guardini daripada pasukan Astana dijangka menghadapi saingan sengit daripada 14 pelumba pecut lain pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015. 

ltdl 2015Selain Guardini, pelumba pecut yang akan bersaing pada perlumbaan LTdL 2015 ialah Alessandro Petacchi (Southeast Pro Cycling), Yauheni Hutarovitch (Bretagne-Seche Environnement), Chris Sutton (Sky), Adam Blythe (Orica-GreenEdge), Leonardo Duque (Team Colombia), Ahmet Orken dan Michal Kolar (Tinkoff-Saxo).

Pelumba pecut lain yang akan turut beraksi pada LTdL edisi ke-20 itu ialah Marco Benfatto (Androni-Venezuela), Paolo Simion (Bardiani CSF), Ken Hanson (Unitedhealthcare), Youcef Reguigui (MTN-Qhubeka), Park Sung Baek (KSPO) dan Mohd Hariff Salleh (TSG).

Guardini meraih jersi biru pada LTdL edisi 2011 dan 2012, manakala pelumba Terengganu, Anuar Manan muncul sebagai pelumba Asia pertama memenangi jersi itu pada 2010 ketika bersama pasukan Korea Selatan, Geumsan Ginseng.

Berikut adalah laluan perlumbaan LTDL untuk edisi 2015 kali ini
LALUAN PERLUMBAAN LTDL 2015:
Peringkat 1: Langkawi (101.1km)
Peringkat 2: Alor Setar-Sungai Petani (170km)
Peringkat 3: Gerik-Tanah Merah (170km)
Peringkat 4: Kota Baharu-Kuala Berang (165.4km)
Peringkat 5: Kuala Terengganu-Kuantan (200km)
Peringkat 6: Maran-Karak (96.6km)
Peringkat 7: Shah Alam-Genting Highlands (105.7km)
Peringkat 8: Kuala Kubu Baharu-Kuala Lumpur Loop (96.1km)

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 03 Mac, 2015
Dulu semangat membara nak tonton, sekarang dah mula sirna..:(