Lee Kuan Yew Meninggal Dunia 23 Mac 2015

Lee Kuan Yew Meninggal Dunia 23 Mac 2015. Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, 91 meninggal dunia pada 3.18 pagi (waktu Singapura) di Hospital Besar Singapura selepas menghidap radang paru-paru kronik. Singapura akan berkabung mulai 23 hingga 29 Mac, pengkebumian ditetapkan pada Ahad, 29 Mac 2015. Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965.

BIOGRAFI LEE KUAN YEW
Lee adalah Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 hingga 1990, menjadikannya
Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah dunia.

Ketika memegang jawatan tersebut , beliau berjaya menaikkan taraf Singapura sebagai sebuah negara yang paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara.

Lee dilahirkan pada 16 September 1923 di Singapura.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan perundangan di Kolej Fitzwilliam, Cambridge selepas Perang Dunia ke-2.
Pada 1950, beliau pulang ke Singapura dan mula aktif dalam bidang politik.
Lee Kuan Yew Meninggal Dunia 23 Mac 2015
Lee mengasaskan People’s Action Party atau PAP dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung sejak 1954.
Setelah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau kekal sebagai pemimpin PAP sehingga 1992. Seterusnya sebagai Mentor Menteri Singapura sehingga 2011.

Lee berkahwin dengan Kwa Geok Choo pada tahun 1950 dan mempunyai 3 orang anak;  Lee Hsien Loong, Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang.

Anak sulungnya, Lee Hsien Loong adalah Perdana Menteri Singapura sejak dari 2004.

LEE KUAN YEW SINGAPURA
Pada 16 September 1963, Singapura menyertai pembentukan Malaysia.

Bagaimanapun perbalahan kaum tercetus di antara masyarakat Melayu dan Cina melihat Singapura keluar dari Malaysia.

Lee Kuan Yew selaku Perdana Menteri menandatangani perjanjian itu  dan Singapura diisytiharkan sebagai sebuah Negara merdeka pada 9 Ogos 1965.

Sekaligus memaksa beliau mengambil beberapa langkah untuk membangunkan Singapura sebagai sebuah negara maju.

Lee menerajui program transfomasi ekonomi dengan menjadikan Singapura sebagai pengeksport barang dagangan, menggalakkan pelaburan asing dan memperbaiki taraf hidup golongan pekerja.

Menjelang 1980an, Singapura menduduki tangga kedua di belakang Jepun dalam senarai negara yang mempunyai pendapatan per kapita tertinggi di Asia Timur.

Sekaligus diiktiraf sebagai pusat ekonomi  bagi seluruh rantau Asia Tenggara - Astro Awani
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

zahira badria zahira badria 07 Julai, 2015
Bagus artikelnya.. padat dan berisi, semoga selau sehat, rejekinya tambah banyak dan sehat selalu.. salam sukses buat teman-teman semua..amiin
Tempat Kursus website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di
jakarta
Tempat Kursus website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di jakarta