Gambar Dan Video Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015

Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015. Dipetik dari BH online memaklumkan yang perkhidmatan Monorel dihentikan buat sementara berikutan tayar sebuah gerabak monorel terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini. Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.52 pagi mengenai kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, semua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran, dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan Rapid Monorail digantung sementara hari ini bermula jam 8.50 pagi tadi susulan dua insiden berasingan.

Dalam insiden pertama, sebuah tayar getah gerabaknya terbakar di stesen Titiwangsa menyebabkan asap tebal.

"Tiada penumpang di dalam gerabak ketika kejadian dan pasukan bomba berjaya memadamkan api," katanya.

Dalam kejadian kedua, satu gerabak tergendala antara stesen Imbi dan Bukit Bintang berikutan masalah teknikal. Kereta api penyelamat dihantar ke tempat kejadian dan ia berjaya ditarik ke stesen Imbi dengan semua penumpang dikeluarkan.

"Rapid Rail sedang menjalankan penyiasatan dalaman dan kami memohon maaf atas ketidakselesaan yang timbul," katanya.

Gambar Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015 
Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015
Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015

Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015
Video Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa 30 Mac 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now