Pandangan Tun Mahathir Mengenai Isu 1MDB

Pandangan Tun Mahathir Mengenai Isu 1MDB. Isu 1MDB kini hangat diperkatakan, tidak terkecuali Siasatan forensik oleh polis perlu dilakukan terhadap tuduhan yang dbuat ke atas beberapa pihak yang didakwa terlibat dengan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di blognya, Dr Mahathir bimbang jika perkara itu tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum 2018 akan datang.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi.

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," tulis Dr Mahathir.


isu 1mdb
Dr Mahathir berkata, sehingga hari ini, kerajaan masih tidak menjawab beberapa persoalan dengan munasabah terhadap beberapa isu melibat 1MDB.
"Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah," tulis beliau lagi.

Malah, beliau juga mendakwa, sejak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB diambil alih oleh Arul Kanda Kandsamy, banyak kenyataan tidak munasabah dibuat.

"Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura," katanya.

Katanya, rakyat berhak merasa curiga terhadap cara dan penggunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

"Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!" tulis beliau.

Bekas Presiden UMNO itu juga mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street”.

"Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?" soal beliau - Astro Awani


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now