Panduan Bayar Cukai Pendapatan Guna Kad Kredit ByrHASIL

Panduan Bayar Cukai Pendapatan Guna Kad Kredit ByrHASIL. Pembayaran Cukai Pendapatan atau Income Tax LHDN kini boleh di buat dengan cara mudah dan pantas melalui inisiatif terkini LHDN dengan kerjasama Maybank iaitu Pembayaran Cukai Pendapatan Guna Kad Kredit ByrHASIL. Bermula 2 Mac 2015, pembayar cukai pendapatan income tax boleh menggunakan kad kredit, kad debit Visa, MasterCard dan American Express yang dikeluarkan oleh institusi perbankan negara ini.

Pelancaran kaedah pembayaran ByrHASIL ini di buat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan,
sempena Sambutan Hari Hasil ke-19 di Menara Hasil, Kuala Lumpur hari ini. Kaedah terbaharu ini dilihat akan memberikan lebih keselesaan kepada pembayar cukai yang mana sebelum ini dilakukan secara tunai di kaunter, Mesin Deposit Tunai (CDM) serta perbankan internet.

Untuk makluman, Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2015 LHDN boleh di rujuk di e_FILLING.

Cara Buat Bayaran Cukai Pendapatan Melalui Kad Kredit
ByrHASIL
Pembayaran boleh dilakukan menerusi portal Bayar Hasil yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu https://byrhasil.hasil.gov.my/.

Langkah-Langkah
1 - Masukkan Maklumat Pengenalan Diri

2 - Lengkapkan Maklumat Bayaran
3 - Setuju Untuk Bayaran

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Bank-bank yang terlibat adalah :
 

1) Bank Islam Malaysia Berhad
2) Maybank2e / Maybank2U

3) CIMB Bank
4) Public Bank Berhad
5) Hong Leong Bank Berhad
6) RHB Bank Berhad



Sila hubungi Talian khidmat Pelanggan : 1-800-88-LHDN (5436 ) untuk maklumat lanjut.
byrhasil
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now