Panduan Menjadi Seorang Juruterbang Pilot

Panduan Menjadi Seorang Pilot Atau Juruterbang. Bagi yang minat menjadi pilot atau juruterbang yang umum maklum mempunyai pendapatan yang tinggi, berikut dikongsikancara bagaimana dan di mana kamu boleh merealisasikan impian kamu untuk menjadi seorang juruterbang.

Juruterbang atau  lebih  dikenali sebagai pilot ialah suatu kerjaya yang baik dan mendapat gaji  yang lumayan.   Semua  airlines  atau  syarikat penerbangan memerlukan perkhidmatan juruterbang yang  mempunyai tugas utama untuk memandu kapal terbang ke tempat yang dituju.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURUTERBANG?
Ada  beberapa  cara  untuk  menjadi seorang juruterbang di syarikat yang besar seperti MAS, SIA atau AirAsia.

1. Mengikuti program latihan.
Apabila diperlukan, airline akan mengiklankan keperluan dan temuduga dan mereka yang terpilih akan mengikuti program latihan yang diadakan di dalam negeri atau di luar negeri.

2. Mengikuti program sendiri dan memasuki syarikat selepas berkerja. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti latihan juruterbang. Cara ini yang paling mudah untuk memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang tetapi dia mempunyai beberapa keperluan lain:     

Panduan Menjadi Seorang Juruterbang Pilot
(anda terpaksa membayar lebih dahulu kos yang dianggar sebanyak RM100,000. Tetapi pada umum nya ia adalah merupakan pelaburan yang bijak kerana akan mendapat pulangan yang cepat).    

GAJI/ BAYARAN

Kerja juruterbang adalah antara pekerjaan yang mendapat bayaran yang lumayan.  Seorang kapten B747 boleh mendapat RM30-40 ribu sebulan,  Kerjanya bukanlah seberat mana, bila tamat penerbangan, tamatlah kerjanya.

KEPERLUAN UNTUK MENDAPAT KERJA

1. Kelulusan - kelulusan adalah minima, mendapat SPM, dan baik di dalam sains dan matematik serta berbahasa inggeris dengan baik,

2. Sihat Tubuh badan dan mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik(tidak rabun warna.

3. Kecergasan psikomotor untuk mengendalikan penerbangan.
sumber : airlines job


Panduan Menjadi Seorang Juruterbang Pilot

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

3 comments.. read them below or add one

Faiz Akmal Faiz Akmal 10 November, 2015
Kalau tak ada fizik began add math . Bole ke jadi juruterbang ?
Off Line Off Line 24 Januari, 2016
ASSALAMUALAIKUM .

SAYA NAK BERTANYA , SAYA BERUMUR 16 TAHUN DAN SEKARANG BERADA DALAM KELAS SAINS TULEN ( SCIENCE STREAM )

SEMUA SUBJEK REQUIREMENT SAYA ADA , FIZIK MATH BI , TAPI SAYA TAK ADA SAINS , SAYA ADA BIO SHJ.

BOLEHKAH ? DENGAN SUBJEK BIO TERSEBUT ? ATAU MEMANG MEMERLUKAN SUBJEK SAINS ?



Terimakasih.
Mikail Sumitro Mikail Sumitro 22 September, 2016
Boleh, saya pun form 4 kelas sains tulen. Fizik, Kimia dan Bio adalah sama dengan Sains tapi kita belajar lebih mendalam. Tak ada Sains bukan masalah kerana ada Fizik..