Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Secara Online. Anda ingin memohon bantuan Baitulmal MAIWP? Orang ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan ekoran kelembapan ekonomi atau banyak lagi bantuan yang boleh dirujuk di MAIWP, boleh meminta bantuan zakat menerusi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Bantuan zakat akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang layak menerima mengikut syarak termasuk orang yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Bagaimanapun bantuan tersebut terhad kepada mereka yang tidak mempunyai tabungan semasa, simpanan pelaburan atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Selain itu, pemberian zakat Baitulmal juga bergantung kepada tanggungan keluarga, tahap kesihatan dan tidak menerima mana-mana bantuan lain mengikut syarak.

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online

Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai di antara RM200 hingga RM1,000 sebulan mengikut perkiraan pegawai Baitulmal MAIWP yang merangkumi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, persekolahan anak- anak dan pengangkutan.
Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online

BAGAIMANA INGIN MEMOHON BANTUAN BAITULMAL MAIWP SECARA ONLINE

Cara-cara permohonan Baitulmal MAIWP:

  • 1. Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan (tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
  • 2. Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan (tidak perlu apa-apa cop pengesahan)
  • 3. Hantar borang permohonan lengkap ke mana-mana cawangan kami yang berhampiran samada secara pos atau hantar tangan (dicadangkan sebaiknya hantar tangan kerana boleh terus ditemuduga jadi permohonan akan lebih cepat diproses)
Layari link di bawah untuk melihat syarat-syarat permohonan, dokumen lampiran yang diperlukan dan borang permohonan. Semoga Allah permudahkan.

http://www.maiwp.gov.my/i/in…/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.
Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja.

Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin. 

Jenis-Jenis Bantuan

Berikut adalah senarai skim bantuan zakat yang boleh dipohon :-
1    Bantuan Kewangan Bulanan   
2    Bantuan Am Persekolahan   
3    Bantuan Perniagaan 

4    Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi   
5    Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah 

6    Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
7    Bantuan Segera
8    Bantuan Al-Riqab
9    Bantuan Am Pelajaran IPT
1 Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
11    Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
12    Bantuan Ramadhan
13    Bantuan Perubatan
14    Bantuan Perkahwinan
15    Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
16    Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
17    Bantuan Musibah
18    Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang

19    Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
20    Bantuan Tuisyen
21    Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
22    Bantuan Pertanian
23    Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
24    Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
25    Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI

26    Bantuan Guaman Syarie
27    Bantuan Persediaan IPT
28    Bantuan Takaful Asnaf

Soalan Lazim Agihan Zakat

1. Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?
Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, amil,muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

2. Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusu. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantungkepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

3. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

6. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula

Sumber Baitulmal MAIWP

No Hotline (Cara Hubungi)

No Hotline skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP

no hotline maiwp

Selamat memohon kepada mereka yang layak memerima Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 01 Mac, 2016
Saya ingin meminta bantuan baitumal kerana suami seorang saja yg bekerja,. Apakah saya boleh memohon..
comel lya comel lya 05 Mac, 2016
Saya ingin meminta bantuan baitulmal kerana suami saya seorang saja yg bekerja. Apakah saya boleh memohon..
Unknown Unknown 04 April, 2016
saya sudah membuat permohonan bantuan mualaf.tapi saya belum menerima kelulusan.
Tajol ariffin Tajol ariffin 12 April, 2016
Teknologi dah maju la baitulmal..lain kali kalau nk bg bantuan buat lah kiraan/jadual untuk had kifayah..orang boleh refer dekat situ senang..yg mana tau gaji die tak layak untuk terima bantuan, tak payah bersusah payah naik turun pegi paza, call pejabat, amik cuti..dah la tunggu stgh jam semata2 utk tahu yg kita ni x layak terima bantuan..buat malu je..kaunter ade 6, tp pekerja ade 2 org je, kdg2 ade satu je..dr dulu aku dtg xpernah yg penuh kaunter tu..ni pentadbiran ape ni?tak professional langsung..jawab status kelayakan pakai email je, tanpa ada pengesahan atau bukti samada kita ni betul layak ke tak..ape ni?
Liyana Amran Liyana Amran 17 Mei, 2016
bila tarikh duit baitulmal untuk tingkatan3 2016?
Unknown Unknown 13 Jun, 2016
Sedih ..bantuan kali ni ank 1 xdpt . . Sedangkn ank bangla blh dpt suami berkerja tanggungan 5 org ..
abdul rahman abdul rahman 18 Julai, 2016
Assalamualaikum.. Sy deqna dari setapak.. Br berkahwin .. Dan sy nk tanye sikit pd bhagian bantuan.. Masih ade ke bantuan deposit sewa rumah..? Sbb ade yg kata bantuan deposit sewa rumah dh xde dh kt baitulmal..betul ke? Sbb sy dn suami bcadang nk berpindah dari rumah mertua dan cari rumah sewa sndiri..
Mohon balas segera..terima kasih..
Rossa Calla Rossa Calla 18 Julai, 2016
Boleh rujuk di http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat dan senarai semak di http://www.maiwp.gov.my/i/phocadownload/borang/ssemak/ssemak%20%2803%29.pdf
Md Kamarul Z Md Kamarul Z 11 November, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown Unknown 29 November, 2016
asslamualaikum..nama saya rosdi..33 tahun..,saya 7 adik beradik.,3 kakak dah kawin,3 adik 2 adik dah kawin 1 belum .sy bekerja sebagai permandu bas ,saya pulak selalu bertukar kerja dan tidak tetap ,ibu saya bekerja sebagai perbantu kantin kilang dan ayah saya tidak berkerja,sekarang famaly semua menetap di pprt keda bandar baharu kedah,ibu saya baru menerima sebidang tanah dari nenek saya,dlm keluasan 1 lot rumah..boleh kah saya membuat pinjaman untuk membina rumah atas tanah tersebut..saya tiada duit simpanan untuk mambina..boleh entolong saya jika boleh..call 01116645431 rosdi