Permohonan Diploma Jururawat USM 2016 Online

Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2016 Online. Anda seorang yang berkerjaya dan berminat menjadi seorang jururawat atau nurse? Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan permohonan Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 seperti dikongsikan dari Permohonan@USM.

Permohonan Diploma Jururawat 2016 USM secara online akan di buka seperti ketetapan berikut :-
  • Tarikh Buka Permohonan : 25 Februari 2016
  • Tarikh Tutup : 4 April 2016
Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam dalam kursus yang lain, anda boleh merujuk cara buat permohonan di link di bawah ini :-
  • Permohonan UPU 2016 Online - Klik UPU Online
  • Permohonan USM 2016 Online - Klik USM
  • Permohonan Diploma Pusat Perubatan Universit Malaya - Klik PPUM
Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2016 Online

Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi 2016/ 2017 Online  

* Langkah permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa   
    1.     Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
    2.     Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor Pin USM - JURURAWAT [RM60.06] di mana-mana cawangan BSN.
    3.     Permohonan adalah melalui pembelian nombor PIN USM - JURURAWAT di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN, mesin ATM (bagi Pemegang akaun GIRO sahaja) atau Internet Banking (myBSN).
    4.     Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut:
       a.     No. Kad Pengenalan / MyKad
       b.     No. Pin USM - JURURAWAT
       c.     Kata Laluan (Ciptaan Sendiri 5-15 aksara)
       d.     Nama Ibu
       e.     Alamat emel yang aktif dan betul
    5.     Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.

Panduan Permohonan  

Berikut adalah cara-cara buat permohonan Diploma Kejururawatan USM :-
  • 1.    Anda perlu LOGIN menggunakan Nombor Rujukan sebagai Identiti dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan atau hubungi nombor hot line 1 300 888 876 sekiranya anda terlupa Nombor Rujukan.
  •  2.     Pemohon MESTI mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda *, mesti diisi untuk membolehkan pemohon melengkapkan maklumat selanjutnya.
  •  3.     Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, pemohon perlu klik "SETERUSNYA>>" untuk ke langkah seterusnya.
  •  5.     Sila buat cetakan permohonan ini untuk simpanan anda.

Syarat-Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM :-

SYARAT AM

  1. Lulus SPM/Setaraf dengan baik.
  2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa  Malaysia
  3. peringkat SPM/Setaraf atau  kepujian Bahasa Melayu / Bahasa
  4. Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah

SYARAT KHAS PROGRAM

  1. Lulus peringkat SPM/Setaraf
  2. dengan mendapat sekurang-kurangnya gred
  3. C6/6C/C dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
  4. Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
  5. Bahasa Inggeris
  6. Matematik
  7. Rampaian Sains/Biologi
  8. Satu (1) mata pelajaran lain; dan
  9. Lulus Temu duga

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Jururawat USM 2016

  • 25 Februari 2016  -   Permohonan Online Dibuka
  • 04 April 2016  -   Permohonan & Pembelian No. Pin USM-JURURAWAT ditutup
  • April 2016  -   Hebahan Panggilan Temuduga Secara Online
  • Mei 2016  -   Temuduga
  • September 2016   -  Pendaftaran
* Jangkaan tarikh
# Tertakluk kepada sebarang perubahan


Semoga panduan Permohonan Diploma Jururawat USM 2016 Online ini bermanfaat buat semua pelajar.



1 comment... add one now

siti rosziatun siti rosziatun 14 Mac, 2015
perlu print dan hantar ke usm ke ye?