Permohonan KKTM IKM MJII Januari 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII 2018 Online. Bagaimana cara memohon ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu KKTM, IKM dan MJII? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf. Menerusi makluman Portal Rasmi KKTM & IKM (e-kemahiran), permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2018 akan di buka bermula 11 September 2017. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). 

Permohonan kemasukan ipma melalui spupim

Permohonan IPMA MARA : KKTM IKM MJII Online

Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.
  1. Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
  2. Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Januari 2018 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2018 akan di buka seperti tarikh berikut :-
  • Tarikh Buka :  11 September 2017
  • Tarikh Tutup :  27 Oktober 2017 Dilanjutkan sehingga 30 Novemebr 2017
  • Applikasi Permohonan Online : Sila rklik SPUPIM

Permohonan Sesi Julai 2017 Online

1. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)

  • Link applikasi permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim
  • Tarikh Permohonan : 15 Mac 2017 

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

Syarat Am Kelayakan

Program Sijil

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510 

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat memohon buat pelajar yang berminat dan layak ke Permohonan KKTM IKM MJII 2018 Online. Diucapkan semoga anda berjaya.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 05 March, 2015
terima kasih di atas perkongsian ini...
umi natrah inani umi natrah inani 08 April, 2015
assalamualaikum,,tumpang tanya...permohonan ke ipma ni boleh dikemaskini atau tidak?
Rossa Calla Rossa Calla 08 April, 2015
Sekiranya anda ingin membuat pindaan maklumat permohonan. sila Login semula ke Sistem permohonan. Proses kemaskini boleh dibuat sehingga perakuan dibuat dan hantar permohonan
umi natrah inani umi natrah inani 08 April, 2015
Masalah berlaku apabila kotak kecil yg perlu ditanda pd bahagian perakuan tidak memberikan sebarang respons meskipun telah diklik beberapa kali...begitu juga dgn button "hantar" yg tidak dpt mmmberikan respons yg spatutnya
Smiling the Sour Smiling the Sour 07 May, 2015
salam, nk tanya kalau dah dpt offer lpas tu tak hntar borng persetujuan smpai habis deadline, lpastu boleh rayu tak utk unikl balik?
aini aini 18 May, 2015
Salam, bila boleh buat rayuan utk kktm?
Anonymous Anonymous 18 May, 2015
Salam, bila boleh buat rayuan utk kktm?
Syafiqah Adnan Syafiqah Adnan 04 June, 2015
Nak tanya saya dpt tau ada permohonan terbuka 8 jun dkt menara mara. Kalau tak apply apa2 dlm online,boleh pergi sana apply ke? Saya nak mohon kpm
Rossa Calla Rossa Calla 04 June, 2015
Boleh tetapi sila bawa dokumen2 yang berkaitan yang diperlukan seperti dinyatakan dalam Portal IPMA beserta bayaran jika terpilih
Hanis Akmal Hakim Hanis Akmal Hakim 05 May, 2016
bila boleh tau result permohonan kktm maksud saya sama ada layak atau tak untuk kemasukan julai ini, dan result tu dihantar melalui emel atau mesej?
Stellahennart Stellahennart 31 August, 2016
Salam bila tarikh pemohonan untuk kemasukan januari 2017 untuk MJII
Izzati Izzati 03 October, 2016
Salam… nk tnya. Kalau lepasn stpm , tetap jgk ke kena ambil program sijil ? X boleh trus ambil diploma ke ?
Cornelius David Cornelius David 22 October, 2016
tahun depan bila lgi ada pengambilan ikm kuching ??? saya ada buat permohonan tp x dpt twran sebab...masa sy dftar tu dah tarikh tamat permohonan online...
Cornelius David Cornelius David 22 October, 2016
nak tanya bila ada permohonan online tahun 2017 ?
Unknown Unknown 20 March, 2017
Assalammualaikum.. Mahu tanya bila tarikh permohonan online untuk kursus 3 bulan d ikm kk 2017 bagi lepasan ilp?
aminul fathi aminul fathi 05 April, 2017
assalamualaikum ada tak pengambilan mjii untuk januari 2018? adakah pelajar berpeluang untuk sambung belajar ke luar negara seperti jepun??
Unknown Unknown 25 May, 2017
Assalamualaikum bila tarikh permohonan pada 2017 akan dibuka semula