Permohonan Ke Program Pra Diploma Politeknik Sesi Jun 2016 Online

Permohonan Program Pra Diploma Politeknik Sesi Jun 2016 Online. Berita baik kepada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon masuk ke Politeknik bagi mengikuti Program Pra Diploma Politeknik Sepenuh Masa Sesi Jun 2016 seperti makluman rasmi di Portal Bahagian Pengambilan Pelajar. Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori Lepasan SPM/ Setaraf berharga RM 15.64 (no. Unik ID bermula dengan nombor 16XXXX) di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Program-program yang ditawarkan untuk lulusan SPM (Pra Diploma) dan syarat-syarat kemasukan menurut Portal Rasmi Politeknik Bahagian Pengambilan Pelajar adalah seperti berikut:-

Jabatan Perdagangan

  • Pra Diploma Perdagangan   

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

  • Pra Diploma Sains   
Permohonan Pra Diploma Politeknik Jun 2016 Online

Cara Memohon Program Pra Diploma Politeknik Sesi Jun 2016

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang akan dibuka pada 21 Februari 2016 sehingga 05 April 2016. 
  • Applikasi Permohonan sila klik Borang Permohonan 
  • Tarikh Buka : 21 Februari 2016
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016 

Makluman Penting

Sila Login borang permohonan dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan No Unik ID 

  • Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.
  • Sila gunakan nombor Unik ID yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Selamat berjaya buat pemohon Permohonan Ke Program Pra Diploma Politeknik Sesi Jun 2016 Online.
 

1 comment... add one now

sha links sha links 22 Jun, 2015
permohonan masih di buka kah bagi sesi june 2015