Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2017/ 2018 Online

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2017/ 2018 Online. Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah? Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah - Mesir, Jordan dan Morocco bagi sesi kemasukan 2017/ 2018 kini dibuka. Untuk makluman, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2017/ 2018 perlu membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. 

Permohonan Pengajian Timur Tengah 2017 Online

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2017/ 2018 online 

Berikut adalah maklumat penting tentang tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan.

A. Permohonan Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2017 pukul 5.00 petang.

B. Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac 2017.
 

Borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi pada tarikh yang dinyatakan.

Maklumat Penting Permohonan Timur Tengah 2017

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. 

Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
 
Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon  Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2017/ 2018 Online. Semoga berjaya dalam permohonan ini nanti.

1 comment... add one now

Sarah Sarah 25 Mei, 2016
Masih dibuka lagi ke permohonan pengajian di timur tengah ?