Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA e-Pendahuluan Online

Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Online e-Pendahuluan. Berita baik kepada pelajar semua seperti makluman dari Portal e-Pendahuluan yang memaklumkan bahawa Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA kini dibuka secara online. Objektif e-Pendahuluan adalah untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah untuk membiayai perbelanjaan persediaan ke IPTT bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berdaftar dengan MARA. Jumlah pendahuluan adalah sebanyak RM2,000 bagi seorang pelajar. Tertakluk kepada peruntukan dan syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap dihantar

Cara-Cara Memohon Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Pelajar hendaklah mempunyai akaun emel sebelum mengisi borang permohonan secara atas talian. Sila pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah lengkap untuk diproses. Sila rujuk pada Syarat-Syarat Kelayakan untuk keterangan lanjut.

Borang Permohonan Pendahuluan Pinjaman MARA Secara Online di e-pendahuluan
e-pendahuluan mara
Syarat Dan Kelayakan Untuk Mendapatkan Pendahuluan Adalah:
  • Pendapatan kasar bulanan ibubapa/penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa/penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
  • Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
  • Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa
  • Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
  • Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan/Pra-U di bawah Program Pelajar Cemerlang Lepasan SPM.
  • Pendahuluan ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.
Sila hantarkan secara pos atau terus ke Pejabat MARA Negeri (PMN) mengikut alamat terkini pemohon bagi dokumen-dokumen sokongan berikut:
  • Salinan kad pengenalan pelajar dan ibubapa/penjaga.
  • Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibubapa/penjaga.
  • Salinan penyata gaji atau salinan borang BE terkini pelajar dan ibubapa/penjaga yang bekerja.
  • Salinan borang BE bagi ibubapa/penjaga yang bekerja sendiri. Sekiranya ibubapa/penjaga bekerja sendiri dengan pendapatan kasar tidak dikenakan cukai, salinan surat pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu dan Imam Kariah yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri yang mempunyai cop jawatan rasmi, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai perlu dikemukakan.
  • Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin dari Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu dan Imam Kariah yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri yang mempunyai cop jawatan rasmi, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai bagi yang bekerja sendiri.
  • Surat tawaran asal dan salinan kemasukan ke IPT.

Pihak MARA akan memaklumkan status permohonan melalui emel atau anda boleh menyemak sendiri di laman web ini di SINI.

Selepas permohonan diluluskan, sila cetak dokumen-dokumen berkaitan perjanjian termasuk surat tawaran ke IPT. 
  • Pelajar dikehendaki menyerahkan lima (5) salinan dokumen Perjanjian seperti berikut:
  • Dua (2) salinan asal dokumen Perjanjian hendaklah dimatikan setem hasil RM10.00 setiap salinan.
  • Tiga (3) salinan dari salah satu dokumen Perjanjian yang telah dimatikan setem tersebut.
  • Sila serahkan semua dokumen dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Surat Tawaran di Pejabat MARA Negeri.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Mei, 2015
kalau asasi ipta boleh tak mintak e pendahuluan ni?