Permohonan UPSI Pascasiswazah Ambilan September 2015

Permohonan Kemasukan ke UPSI Bagi Program Pascasiswazah Ambilan September 2015. Dipetik dari makluman rasmi Laman Web Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai program yang ditawarkan di Universiti ini sekaligus bersama-sama mencapai wawasan negara Malaysia untuk menghasilkan modal insan berilmu dan berpengetahuan

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Sila rujuk laman web IPS atau List of Programme UPSI untuk butiran program dan mod pengajian

SYARAT KELAYAKAN
Ijazah Sarjana
• Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris atau ijazah yang setara dari mana-mana institusi pengajian tinggi; atau
• Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat; dan
• Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
• Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi
Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi
International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu

Ijazah Doktor Falsafah
• Ijazah Sarjana daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
• Kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf oleh Senat.
• Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
• Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi
Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi
International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu

Permohonan UPSI Pascasiswazah Ambilan September 2015
Cara Buat Permohonan UPSI Program Pascasiswazah Ambilan September 2015
  • Pemohon perlu membeli Nombor Bitara ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan harga RM 26.00
  • Sila pastikan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tercatat di dalam slip pembelian Nombor Bitara ID tersebut.
  • Sila gunakan Nombor Bitara ID berkenaan untuk membuat permohonan secara atas talian di http://mysis.upsi.edu.my/postgrad/
  • Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
  • Bagi permohonan Program Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan Ijazah Doktor Falsafah, sila rujuk Direktori Kepakaran Pensyarah di laman web http://ips.upsi.edu.my
  • Panduan permohonan UPSI Program pascasiswazah dalam PDF klik SINI
TEMPOH PERMOHONAN DIBUKA
23 Mac 2015 (Isnin) - 23 April 2015 (Khamis)

MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN
Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel 05 - 450 5480 / 5482 / 5511 Fax 05 - 459 4649
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now