Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) 2015

Satu lagi acara besar dan menarik bagi pengunjung akan diadakan di Putrajaya iaitu Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) 2015. PIBF 2015 yang bermula pada hari ini, 17 Mac 2015 sehingga 22 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka menarik 500,000 pengunjung.
Pesta Buku PIBF 2015 akan memaparkan koleksi buku yang besar dengan diskaun yang menarik termasuk judul buku yang baharu dan yang laris jualannya, dengan harga serendah RM5. Keluasan ruang pesta adalah 5,574.2 meter persegi,

Satu daripada tarikan pada tahun ini ialah Bookerville Facstory oleh MPH Bookstores - satu konsep interaktif diinspirasikan dari taman tema yang membawa pengunjung ke sebuah bandar buku magik yang mana watak dan cerita menjadi hidup. MPH Bookstores juga telah mengesahkan melalui akaun Twitternya @mphclick bahawa syarikat itu menerima Baucar Buku 1Malaysia di gerai mereka. Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.mphonline.com/offers/pibf.aspx


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now