Resepi Mee Kuah Daging Sedap

Berikut dikongsikan Resepi Mee Kuah Daging yang Sedap untuk peminat makanan ini. Boleh cuba...

MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
- 2 peket mee kuning - secukupnya
- 1 kilo daging
- 2.5 liter air rebusan daging
- sos tomato secukupnya
- sos cili secukupnya
- 1 cawan kuah kacang
- 3 biji kiub stock ikan bilis
- 4 biji telur - utk pekatkan kuah
- 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
- Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
- 8 biji telur rebus - dipotong 2
- hirisan cili merah secukupnya
- hirisan daun bawang secukupnya
- Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
- BAHAN DIKISAR HALUS :
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia

CARA MEMASAK MEE LUAH DAGING:

1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup..FB Islam Agamaku
Resepi Mee Kuah Daging Sedap
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 30 Mac, 2015
wahhh thanks for sharing...boleh cuba ni..