Semak Senarai Harga Runcit Ubat Secara Online

Semakan Senarai Harga Runcit Ubat Secara Online. Ubatan-ubatan di Malaysia bukanlah barang harga kawalan, tetapi langkah menyenaraikan harga runcit ubat adalah untuk memantau harga ubat-ubatan selain rujukan kepada pengguna. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah menyediakan senarai harga runcit yang disarankan bagi ubat-ubatan tertentu sebagai panduan dan rujukan rakyat semasa membeli keperluan daripada farmasi swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata senarai harga itu dimuat naik di laman web Jabatan Farmasi sebagai usaha berterusan kementerian memantau harga ubat-ubatan yang dijual di negara ini. Senarai harga yang diperolehi adalah hasil kerjasama kementerian dengan pihak industri dan pengedar untuk mendapatkan senarai harga ubat yang disyorkan.

Semak Senarai Harga Runcit Ubat Secara Online - Klik Harga Runcit Ubat
Semak Senarai Harga ubat
Pangkalan data ini diwujudkan bagi menyebarkan maklumat Harga Runcit Disyorkan (RRP) kepada orang awam. Ketersediaan Harga Runcit Disyorkan (RRP) untuk diperolehi oleh orang awam merupakan salah satu langkah dalam memastikan ketelusan maklumat harga ubat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Harga Runcit Disyorkan (RRP) bertindak sebagai rujukan orang awam untuk memperolehi ubat-ubatan di mana sahaja di Malaysia dengan harga yang telah dimaklumkan tanpa dieksploitasi.

Bagi mencapai visi tersebut, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan pelaporan secara sukarela setiap tahun. Pada tahun 2013, sebanyak 446 syarikat pemegang pendaftaran produk terdiri daripada 9903 produk ubat terkawal (CM) dan over the counter (OTC) telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapun, hanya 3526 produk sahaja yang mempunyai Harga Runcit Disyorkan (RRP) daripada jumlah produk yang didaftarkan - Sumber http://www.pharmacy.gov.my


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now