Semak Syarat Kemasukan Ke UTHM 2015

Semakan Syarat Kemasukan Dan Kelayakan Ke UTHM 2015. Berikut disertakan syarat am kemasukan pelajar ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang dipetik dari Laman Web UTHM sebagai panduan kepada pelajar semua. UTHM sebelum ini dikenali KUiTTHO tetapi mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’  Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

SYARAT AM KEMASUKAN KE UTHM
Kelayakan Minimum Lepasan STPM
Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai; dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain. dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET). 


Semakan Syarat Kemasukan Dan Kelayakan Ke UTHM 2015
UTHM 2015

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;


dan Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang
Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai;dan

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET). 


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now