Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2017 Online. Billakah tarikh semakan keputusan IPG 2017 diumumkan? Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2017 dahulunya Maktab Perguruan akan di tutup pada 30 Mac 2017. Pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu. Oleh itu, nantikan Semakan Keputusan IPG 2017 (PISMP) Online yang akan diumumkan pada 23 Jun 2017 menurut Kalendar Aktiviti Permohonan IPG 2017. 

Semakan tawaran PISMP 2017 maktab perguruan

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga seperti panduan di link yang dikongsikan di bawah ini.

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG 
  • Contoh Soalan UKCG - INSAK 

Semakan Keputusan IPG 2017 Online (PISMP)

Mengikut kalendar aktiviti Program PISMP 2017, terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut :-
  • 4 hingga 14 April 2017 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 9 April hingga 21 April 2017 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  • Dipinda ke 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017 - Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum)
  • 23 Jun (jam 400 petang) hingga 10 Julai 2017 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 10 Julai 2017 - Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2017 akan diumumkan di : -

  • Applikasi Semakan bagi  calon PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
  • Tarikh semakan mulai 23 Jun mulai 400 petang hingga 10 Julai 2017 
  • Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan, Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :                      
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2017 Online dan semoga anda semua berjaya memasuki profesion perguruan yang sungguh mulia ini. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG.

{ 36 comments.. read them below or add one }

Anisah Izzul Anisah Izzul 24 March, 2015
Saya dh pergi ke laman web moe dan PISMP, tapi saya tak jumpa di mana nak semak. Macam mana?
The Audrey Emma Lia The Audrey Emma Lia 24 March, 2015
ada.. bru petang ni dapat. pagi tadi mmng tak dapat..
Azim AA Azim AA 25 March, 2015
peraturan ukcg nk print mcm mna ??
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 20 April, 2015
semakan panggilan temuduga ipg 2015 bila?
Rossa Calla Rossa Calla 20 April, 2015
Boleh disemak bermula Selasa 21 April 2015
Alif Firdaus Alif Firdaus 21 April, 2015
Tak bole check pon admin?
Siti Nurani Siti Nurani 21 April, 2015
admin..kat mana nak semak panggilan temuduga ni??...hari ni dah boleh semak kan..
Rossa Calla Rossa Calla 21 April, 2015
Cuba check selepas pukul 5 petang. dulu semakan ukcg juga dibuka pada waktu ini
TQ
'Farah Anuar 'Farah Anuar 21 April, 2015
This comment has been removed by the author.
amirul alfateh amirul alfateh amirul alfateh amirul alfateh 21 April, 2015
slm boleh ke buat rayuan jika tak tersenarai dalam temuduga ipg 2015?
Rossa Calla Rossa Calla 21 April, 2015
Setakat ini tiada permohonan rayuan IPG yang di buka. Sepengetahuan saya, permohonan rayuan adalah bergantung kepada kekosongan.
Fez Suria Fez Suria 22 April, 2015
Hmm… betul tu. Saya dpt tawaran temuduga ipg tapi time print borang cuma ada :
1.SURAT TAWARAN
2.BORANG MAKLUMAT DIRI
3.PERAKUAN CALON
Persoalannya mana nak dpt borng pnyataan hasrat tu???

Please admin, i really need the answer:(
Rossa Calla Rossa Calla 22 April, 2015
Maaf sila hubungi IPGM di No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760
Anonymous Anonymous 07 May, 2015
assalam..bile permohonan yang seterusnya diadakan..sbb dah terlepas tarikh nk mohon ipg ni
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
apa tu temuduga khas ?
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
ya, kenapa ada temuduga khas? admin?
Rossa Calla Rossa Calla 08 May, 2015
Tak pasti lagi tapi pengumuman dari Portal KPM
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
Assalamualaikum. Saya nak tanya apa beza temuduga khas ye? adakah yg dah pergi temuduga perlu lepas temuduga Khas untuk dapat?
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
Adakah mereka yg tidak dipanggil temuduga khas bermakna telah gagal ke ipg?
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
Nak tanya jika tidak dapat temuduga khas maknanya tidak dapat masuk ipg ?
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 11 May, 2015
laman web untuk semak panggilan temuduga khas ap ye??
dah terlepas tarikh....tak tahu pun tentang temuduga ni....
Nurain Afifah Nurain Afifah 11 May, 2015
Nak tanya.. Ada kemungkinan ke yg trikh semakan calon betjaya ke ipg tu akan diawalkan dari tarikh yg telah sedia maklum..?
Anonymous Anonymous 15 May, 2015
Saya telah terlepas tarikh temuduga khas ipg. Tak ada cara lain ke utk semak?
awesome hisyamuddin awesome hisyamuddin 23 June, 2015
Apa fungsi temuduga khas diadakan ?
Unknown Unknown 28 March, 2016
Macam mana nk cek permohonan yg dibuat tahun ni ?
potterpysco potterpysco 16 April, 2016
kalau saya tak cetak surat tawaran , n saya minta d pejabat nnti temuduga boleh ke? tapi mmng saya dpat temuduga tu
Ida mardhati Ida mardhati 02 May, 2016
Semakan temuduga belum keluar lg ke admin ?
miss rah miss rah 03 May, 2016
Says nk cek semakan temuduga.. tapi bila bkak website tak bopeh
Anonymous Anonymous 03 May, 2016
Temuduga laluan khas tu utk apa
Unknown Unknown 08 May, 2016
Bagi jawapan ringkasan yg diminta knp memohon utk bljr di ipg dn hasrat sekiranya terpilih tu kena tulis pd borang berkenaan atau taip dn print jwpn tersebut pd kertas baru???
Muhammad Azuan Muhammad Azuan 07 June, 2016
Boleh x buat rayuan pismp.
Hester Effie Hester Effie 08 June, 2016
macam mana cara nak buat rayuan utk PISMP ?
Anonymous Anonymous 10 June, 2016
Boleh rayuan tak kalau tidak berjaya masuk pismp? Bagaimana cara untuk rayuan?
Unknown Unknown 15 June, 2016
buat rayuan pun takkan dpt punya
bubblegum unnie bubblegum unnie 22 June, 2017
kena tunggu lgi utk permohonan pismp tahun depan. :)