Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online. Berita baik seperti dimaklumkan dari Portal Rasmi MARA, semakan keputusan panggilan temuduga & COT dan SAC bagi permohonan Program Kerjasama JPA-MARA 2016 kini boleh disemak secara online. Semakan keputusan yang terlibat adalah seperti berikut :-
  • Semakan Keputusan Panggilan Temuduga & Cambridge Online Test (COT) Bagi Program Kerjasama JPA-MARA Tahun 2016 (Luar Negara)
  • Semakan Keputusan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) Bagi Program Kerjasama JPA MARA Tahun 2016 (Dalam Negara)
  • Semakan Keputusan Program Khas JPA - MARA 2016

Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online

Berikut adalah applikasi Semakan Keputusan Program JPA-MARA untuk Lepasan SPM 2015 :-

Cambridge Online Test (COT)

COT hanya dilaksanakan ke atas pelajar yang memohon Program  Akademik  Jepun. Hanya  calon  yang  disenarai  pendek  sahaja  akan dipanggil untuk menduduki COT. COT merupakan ujian pemilihan pelajar melalui sistem atas talian menggunapakai modul Cambridge    English    Language Assessment sebuah bahagian dibawah University of Cambridge, England. Saringan awal  ini  dapat  mengenal  pasti  calon  yang  mempunyai  sahsiah  diri  yang baik, berpotensi   cemerlang   dalam   pengajian,   serta   kesesuaian   mengikut   bidang pengajian yang dipohon.

Student Assesment Centre (SAC)

Calon yang memohon  program Pertama di Government Link University (GLU) dan
Program  Ijazah  Pertama  di  IPTS akan  disenarai  pendek  dan  dipanggil  untuk
menghadiri  SAC.  SAC  adalah  satu  bentuk  penilaian  yang  digunapakai  secara
latihan dalam kumpulan.

Tarikh Program COT Dan SAC Diadakan

Program COT dijadualkan pada 18 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Program SAC dijadualkan pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dokumen Yang Perlu Di bawa Semasa Menghadiri Program COT/SAC

Dokumen yang perlu di bawa semasa menghadiri COT/SAC

Dokumen Asal

  • (a) My-Kad/ Kad Pengenalan calon
  • (b) Sijil Kelahiran Calon serta Ibu dan Bapa
  • (c) Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil Pencapaian Ko-Kurikulum
  • (d) Sijil Warganegara Ibu/ bapa
  • (e) Kad Pesara/ Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga
  • (f)  Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga

Satu (1) Salinan Dokumen yang disahkan

  • (a) Sijil Kelahiran Calon dan Ibu/ Bapa
  • (b) Sijil Warganegara Calon dan Ibu/ bapa
Sumber FAQ Program JPA MARA 2016

* Nota

Semakan keputusan calon berjaya bagi Program JPA-MARA 2016 akan diumumkan pada 11 Mei 2016. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Anonymous Anonymous 10 May, 2015
keputusan penerimaan biasiswa mara 2015 belum dikeluarkan,sudah melebihi 8 mei
Anonymous Anonymous 06 May, 2016
Bila keputusan biasiswa jpa mara 2016 dikeluarkan?
hamimah aziz hamimah aziz 17 May, 2016
bila keputusan prog khas mara 2016 akan dikeluarkan?
keputusan upu pun dah dikeluarkan.
Anonymous Anonymous 18 May, 2016
Bagaimanakah caranya untuk menerima/menolak tajaan biasiswa jpa mara?
Anonymous Anonymous 18 May, 2016
Jika pelajar rayuan diterima adakah perlu menghadiri temuduga lagi?
Anonymous Anonymous 18 May, 2016
mcm mna nk tolak/terima tawaran tu ye
Anonymous Anonymous 20 May, 2016
Bila kputusan rayuan Biasiswa jpa dikeluarkan
Anonymous Anonymous 01 July, 2016
bila keputusan permohonan dermasiswa b40 yang dibuat pada 23 mei sehingga 30 mei 2016 keluar?