Semakan Keputusan UKCG 2017 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Semakan Keputusan UKCG 2017 Program Guru KPM Online. Anda ada membuat permohonan IPG 2017 atau dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan? Dikongsikan dari Kalendar PISMP 2017, satu ujian dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon Ambilan Khas Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan diadakan bagi menapis pemohon sebelum pemohon layak dipanggil ke temuduga. Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-
  • Tarikh Semakan UKCG : 4 April 2017 (600 petang) sehingga 14 April 2017 (1159 malam)
  • UKCG akan dijalankan dari 9 hingga 21 April 2017 

Untuk makluman, bagi mereka yang belum sempat memohon, anda mempunyai masa sehingga tengah malam 30 Mac 2017 untuk memohon. 
semakan ukcg pismp 2017

Semakan Keputusan UKCG 2017 : Tarikh Semakan

Semakan nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak secara online mulai dari 4 April hingga 14 April 2017. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.  

Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh di semak di :-

  • Applikasi semakan di PISMP 2017 
  • Tarikh semakan : 4 hingga 14 April 2017
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Tekan SEMAK

Makluman Penting IPG

Berikut adalah makluman dan perhatian penting yang dikongsikan dari Applikasi permohonan IPG 2017.

1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.

2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS.

  • √ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  • √ Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • √ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali
  • Pendidikan Jasmani.
  • √ Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan

C. SESI UJIAN AMALI

  • √ Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3.  SESI TEMU DUGA

  • √ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • √ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

4.  PEMILIHAN

  • √ Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5.  PENDAFTARAN

  • √ Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):   

TARIKH PENDAFTARAN IPG 2017

Tarikh pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah pada 10 Julai 2017.
6.  Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

8.  Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • √ Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • √ Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. 
Selamat memohon PISMP 2017 online. Semoga anda semua berjaya dalam semakan keputusan UKCG 2017. Tahniah.

0 comment... add one now