Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017. Calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2016/ 2017 pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2015 diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 13 April 2015. 
 
  • Semakan keputusan Matrikulasi 2016/ 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula 1200 tengahari.
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2016 klik KPM
  • Semakan Keputusan UPU ke UA SESI 2016/ 2017 Online Klik SEMAKAN UPU 2016 
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Tarikh semakan secara online adalah pada 14 April 2016 mulai 1200 tengahari. Berikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 :-

1. Semakan Online

  • Melalui applikasi semakan TAWARAN MATRIKULASI pada 14 April 2016 (Khamis) bermula 1200 tengahari sehingga 11.59 malam, 28 April 2016.

2. Semakan Melalui SMS

Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip  
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

3. Panggilan Telefon

Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884  4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2016/2017 ialah pada 5/6/7 Jun 2016 

Rayuan Matrikulasi 2016 Online

Rayuan boleh dilakukan secara online bermula 14 hingga 27 April 2016 sebaik  sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Rayuan

2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan

3. Tulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2016 pada 18 Jun 2016 dengan menggunakan 3 kaedah yang sama diatas. Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada 24 Jun 2016.  

Soalan Lazim Dan Cara Hubungi 

FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.
Semoga berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2016/ 2017.

3 comments.. read them below or add one

Yiwen Yiwen 05 April, 2016
Benarkah keputusan matriks 16/17 kluar pd 14April2016?
Rossa Calla Rossa Calla 05 April, 2016
Ya, ada dimaklumkan di Buletin Utama TV3 bahagian notifikasi bar
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 April, 2016
nak tnye, klau tak confirm lgi utk matriks mcm mne eh? sbbnye nk tengok tawaran upu andaikata dpt atau tak kos yg kita minat..