Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017. Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2016? Pasti rasmi pelajar lepasan SPM yang menanti dengan penuh debar samada mereka layak atau tidak. Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala.

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 2016

Sebagai panduan, tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-
  • Tahun 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016. Sumber KPM
  • Tahun 2015 : telah diumumkan pada 15 April 2015
  • Tahun 2014 pada 24 April 2014

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2016-2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2016

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari 14 April 2016 (Khamis). Tarikh pendaftaran adalah pada 4 Mei 2016
  • Tahun 2015, semakan mulai 15 April 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 4 Jun 2015 jam 11.59 malam 
  • Link APPLIKASI SEMAKAN Form 6 2016 : SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 2016

2) Semakan melalui SMS 

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-
1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2016

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Rayuan Tingkatan 6 2016
Semakan keputusan tawaran UPU ke IPTA SESI 2016/ 2017 KLIK SEMAK UPU
Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 Jun 2016. Sila klik applikasi semakan keputusan rayuan di https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/ untuk menyemak tawaran.

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan
SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi
tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
Anda boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan

* Segala informasi adalah tertakluk kepada perubahan
 
Bagi mereka yang gagal, anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! Semoga berjaya

{ 24 comments.. read them below or add one }

fatin zuhairah fatin zuhairah 02 Mei, 2015
assalammualaikum,kenapa link semaka tidak boleh dibuka.dah tutup ke?bila buka link dia keluar this webpage is not available
Rossa Calla Rossa Calla 02 Mei, 2015
Link ada mslh tu rasanya
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 April, 2016
Link permohonan tingkatan 6 belum ade ke?
TG Izzudin 98 TG Izzudin 98 15 April, 2016
Macam mn kita nk tahu sekolah mn yg kita dpt? Sy dh berjaya ke ting6
Brandon Tulop Brandon Tulop 17 April, 2016
bagaimana dngan student yg tidak ada mykad or ic..masih boleh masuk enam???
Rossa Calla Rossa Calla 18 April, 2016
Maksudnya bukan warganegara Malaysia?
MySemakan MySemakan 23 April, 2016
Taniah kepada mereka yang mendapat tawaran Tingkatan 6 kali ini
Unknown Unknown 02 Mei, 2016
tiada ic masih ble masuk tingkatan 6 ka ? ic saya lambat daftar
syamiza zamri syamiza zamri 07 Mei, 2016
nak tanya , bila kita dah masuk tingkatan 6 , adakan kita akan dapat tawaran upu , sebab lepas check tingkatan 6 , dia tanya setuju atau tak ? saya takut nanti kalau tekan setuju , saya tak ditawarkan universiti .
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Mei, 2016
Macammana nk thu kita ditawarkan kat skolah mna..sya dh dapat f6 tp xde pon nma skolah..hanya ad N11ap tu??..klau x dftr pd 4 mei ari tu kna buat rayuan blik k???hrp sangt dpt jwpn secept cept nya..
Rossa Calla Rossa Calla 16 Mei, 2016
Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun. Jika tiada sila pergi dengan segera ke pejabat JPN. Kalau tak mendaftar dlm masa 7 hari, pelajar dianggap menolak tawaran. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
Unknown Unknown 27 Mei, 2016
Sy nk tnya.. sy dpt tawaran f6 tetapi saya tidak mendaftarkan diri pada hari pendftrn ats sbb tertentu .. skrg sudah bln 5 dan saya ingin memasuki f6 yg dtawarkn bgaimna sy mahu memasuki f6?
Fara Marlinda Fara Marlinda 03 Jun, 2016
Adakan tahun ni(2016) kpm ada anbik pelajar rayuan t6
Fara Marlinda Fara Marlinda 14 Jun, 2016
Mohon penjelasanbplease
Rossa Calla Rossa Calla 14 Jun, 2016
Ada, semakan keputusan rayuan Tingkatan 6 2016 boleh disemak bermula 14 Jun 2016 di https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/
nor azlina nor azlina 14 Jun, 2016
Saya nak check keputusan rayuan, tapi kenapa web tu asik cakap "sila semak semula no kad pengenalan anda"
Unknown Unknown 14 Jun, 2016
Kenapa setiap kali saya membuat semakan akn keluar harap maaf. Sila semak smula no.kad pengenalan anda .
Nur Syahera Nur Syahera 14 Jun, 2016
Awak ada mohon tak sebelum ni ?
D D 15 Jun, 2016
Saya nak tanya, kenapa saya tak dapat membuat semakan rayuan ke tingkatan 6? Asyik keluar perkataan HARAP MAAF. SILA SEMAK SEMULA NO.KAD PENGENALAN ANDA.

mohon diberikan penjelasan. :)
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Jun, 2016
Saya pun alami masalah yang sama. Setiap kali saya semak, mesti keluar tulisan harap maaf, dan suruh semak kad pengenalan.ada sesiapa yang mohon dan berjaya membuat semakan ?
D D 15 Jun, 2016
kawan saya dah dapat tawaran masuk ke tingkatan 6 melalui rayuan. Saya dah banyak kali semak, tapi tak dapat2.
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Jun, 2016
Saya rasa page tu lah yang ada masalah. Saya rncang besok pagi nk pergi ke ppd, semak dekat sana. Lagi senang kerja. Saya tnya pendapat cikgu saya, dia pun beritahu bnda yang sama. Apa kata awk pun pergi ke ppd jugak.
D D 16 Jun, 2016
Ada juga kawan saya tanya dengan pihak PPD pasal hal ni. Dia pun mengalami perkara yg sama juga. Sekali pihak PPD jawab, nama kawan saya tak ada dalam senarai. Saya takut, bila saya tanya nanti. Pihak PPD berikan jawapan yg sama kepada saya juga. Saya takut saya tak dapat sambung belajar ke tingkatan 6.
mila janshi mila janshi 26 September, 2016
gagal spm boleh dapat form 6 ke? arts team