Senarai Laluan Jalan Yang Ditutup Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015

Senarai Laluan Jalan Yang Ditutup Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015. Bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac 2015 yang merupakan cuti umum Negeri Johor, beberapa jalan utama di bandar raya ini akan ditutup. Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melalui jalan-jalan dinyatakan bagi mengelakkan kesesakan, memastikan kenderaan tidak menghalang lalu lintas, mematuhi arahan semasa dari polis.

Orang ramai diminta melaporkan segera kepada polis sekiranya berlaku sebarang kejadian dan menghubungi Pusat Kawalan IPK Johor di talian 07-2212999 / Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan di talian 07-2218999 bagi mendapat sebarang makluman.
 

Berikut adalah senarai laluan jalan yang akan ditutup bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar seperti makluman oleh Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Deputi Superintendan Roslan Ali yang dipetik dari Bernama. Penutupan laluan jalan akan bermula pada 16 hingga 19 Mac 2015 ini untuk raptai istiadat dan 23 Mac 2015 untuk hari istiadat kemahkotaan berlangsung :-

1) Laluan yang ditutup mulai pukul 7 pagi hingga 1 petang pada 16 hingga 19 Mac 2015
- Jalan Skudai / Pantai Lido, Jalan Tun Abdul Razak / Pantai Lido dan Jalan Sungai Danga/Pantai Lido.

- Persimpangan lampu isyarat Jalan Air Molek / Gertak Merah, persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat / Jalan Lingkaran Dalam / Jalan Abu Bakar, persimpangan lampu isyarat Tropicana Danga Bay/Jalan Pantai Lido serta persimpangan lampu isyarat Hotel M-Suite / Jalan Pantai Lido
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 2015
2) Laluan yang ditutup mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang pada 16 hingga 19 Mac 2015
- Persimpangan lampu isyarat Jalan Gereja / Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak ke pusat bandar, Jalan Tebrau-Jalan Tun Razak, persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Puteri / Jalan Jim Quee dan persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Sri Lanang / Jalan Air Molek (Lot 1).

Laluan alternatif pada 16 hingga 19 Mac 2015
Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif untuk ke pusat bandar atau Tambak Johor iaitu Jalan Tun Abdul Abdul Razak / JB Central, Jalan Tun Abdul Razak / Jalan Lingkaran Dalam ke Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor), Jalan Tun Abdul Razak / Jalan Tebrau ke Kota Tinggi.

Mereka yang mahu ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pula boleh menggunakan Jalan Tun Abdul Razak-Jalan Datin Halimah-Jalan Kolam Air-Jalan Sungai Chat-Jalan Mahmoodiah.

3) Laluan yang ditutup mulai pukul 6 pagi hingga 2 petang pada 23 Mac 2015
- Jalan Skudai / Pantai Lido, Jalan Tun Abdul Razak / Pantai Lido, Jalan Sungai Danga / Pantai Lido, persimpangan lampu isyarat Jalan Air Molek / Jalan Gertak Merah, persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat / Lingkaran Dalam / Jalan Abu Bakar serta persimpangan lampu isyarat Tropicana Danga Bay / Jalan Pantai Lido.

- Persimpangan lampu isyarat hotel M-Suite / Jalan Pantai Lido, persimpangan lampu isyarat Jalan Gereja / Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak ke pusat bandar, Jalan Tebrau-Jalan Tun Razak, persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Puteri / Jalan Jim Quee dan persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Sri Lanang / Jalan Air Molek (Lot 1).
Laluan alternatif pada 23 Mac 2015
Laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke pusat bandar raya atau Tambak Johor pula membabitkan Jalan Tun Abdul Razak / Jalan Lingkaran Dalam ke Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor), Jalan Tun Abdul Razak / Jalan Tebrau ke Kota Tinggi manakala untuk ke HSA pula menggunakan Jalan Tun Abdul Razak-Jalan Datin Halimah-Jalan Kolam Air-Jalan Sungai Chat-Jalan Mahmoodiah.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

MIZZ CUTE MIZZ CUTE 15 Mac, 2015
http://iamforexsmarttrader.blogspot.com/2015/03/jana-5-angka-seminggu-dengan-hanya-1.html