Senarai Pemain Skuad Bawah 23 Malaysia Sukan SEA 2015

Senarai Pemain Skuad Bawah 23 Malaysia Sukan SEA 2015. Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia U23 (Sukan Sea) 2015 yang bakal diadakan pada 5 hingga 16 Jun 2015. Perlawanan bolasepak akan berlangsung awal mulai 29 Mei 2015. Live streaming perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 di Football SEA Games 2015.

Untuk makluman, Timbalan Pre­siden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) Sukan SEA Singapura 2015 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Ong Kim swee b23
Sembilan pemain Harimau Muda (B-22) adalah antara 29 pemain disenaraikan pengendali skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Datuk Ong Kim Swee bagi pendaftaran awal ke Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan, Isnin, turut memaklumkan bahawa daripada 29 pemain tersebut, Kim Swee dijangka memuktamadkan senarai akhir 20 pemain, dua hari sebelum skuad berkenaan berlepas ke Singapura.

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 akan berlangsung di Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan, manakala final di Stadium Nasional Kallang.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC), bagaimanapun belum  menetapkan tarikh sebenar undian acara bola sepak, yang dijangka diadakan bulan ini atau awal bulan depan.
 

Senarai Pemain:Skuad Sukan SEA Malaysia 2015

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Caps Gol Kelab
1 GK Mohd Farhan Abu Bakar 14 Februari 1993 (22 tahun) 0 0 Harimau Muda
22 GK Mohd Firdaus Muhamad 13 Januari 1994 (21 tahun) 0 0 Kedah FA
PERTAHANAN
21 DF Nazirul Naim Che Hashim 6 April 1993 (22 tahun) 0 0 Harimau Muda
26 DF Mohd Amer Saidin 25 Julai 1992 (22 tahun) 0 0 Johor Darul Takzim F.C.
3 DF Shahrul Saad 8 Julai 1993 (21 tahun) 0 0 Felda United FC
5 DF Muhammad Syazwan Tajuddin 7 Oktober 1994 (20 tahun) 0 0 Kedah FA
24 DF Ariff Farhan Isa 4 Julai 1996 (18 tahun) 0 0 Harimau Muda
29 DF Matthew Davies 7 Februari 1995 (20 tahun) 0 0 Pahang FA
17 DF Mohd Fandi Othman 25 April 1992 (23 tahun) 1 0 Johor Darul Takzim F.C.
25 DF Adam Nor Azlin 5 Januari 1996 (19 tahun) 0 0 Harimau Muda
TENGAH
6 MF D. Saarvindran 4 Oktober 1992 (22 tahun) 0 0 Pahang FA
16 MF Muhammad Nurridzuan Abu Hassan 20 April 1992 (23 tahun) 0 0 Perak FA
12 MF Gary Steven Robbat 3 September 1992 (22 tahun) 6 0 Johor Darul Takzim F.C.
7 MF Nazmi Faiz Mansor 16 Ogos 1994 (20 tahun) 2 0 Selangor FA
8 MF Saiful Ridzuan Selamat 16 Mac 1992 (23 tahun) 0 0 Selangor FA
18 MF Syahrul Azwari Ibrahim 12 Januari 1993 (22 tahun) 0 0 Harimau Muda
28 MF Amirul Hisyam Awang Kechik 5 Mei 1995 (20 tahun) 0 0 Harimau Muda
19 MF Mohd Faizat Ghazli 28 November 1994 (20 tahun) 0 0 Harimau Muda
PENYERANG
20 FW S. Kumaahran 3 Julai 1996 (18 tahun) 0 0 Harimau Muda
9 FW Muhd Syafiq Ahmad 28 Jun 1995 (19 tahun) 0 0 Kedah FA
Sumber
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now