Senarai Penerima Pingat Dan Darjah Kebesaran Sultan Johor 2015

Senarai Penerima Pingat Dan Darjah Kebesaran Sempena Kemahkotaan Sultan Johor 2015. Seramai 83 individu dikurniakan darjah dan pingat kebesaran sempena Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Besar pada hari Isnin, 30 Mac 2015.

Mengetuai senarai adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bersama lima adindanya yang
menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ). Antara penerimanya adalah :-
  • Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim 
  • Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris; 
  • Tunku Tun Aminah; 
  • Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil; 
  • Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan 
  • Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar
  • Bonda Sultan Johor, Enche Besar Hajjah Khalsom Abdullah; 
  • Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan 
  • Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Kemahkotaan Sultan Johor 2015

Senarai Nama Penerima Pingat Dan Darjah Kebesaran Sultan Johor 2015

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran datuk kepada :-
  • Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dan 
  • Pegawai Kewangan Johor, Marsan Kassim.
Tiga penerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (DIJ) diberikan kepada :-
  • Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof; 
  • Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Brig Jen (B) Datuk Ali Musa dan 
  • Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Amran A Rahman. 

Seramai 69 lagi menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II). Antara yang menerima P.S.I II ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Abd Rahman Mohamed Dewam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohd Khairi Yakub dan Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar Datuk Paiman Keromo.

Turut menerima P.S.I II adalah kesemua sepuluh anggota exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyananthan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat; dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ismail Mohamed.

Majlis pengurniaan darjah dan pingat itu berlangsung di Istana Besar, di Johor Bahru. - Bernama & BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now