Senarai Sekolah Terbaik STPM 2014

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2014. Keputusan peperiksaan STPM 2014 telah diumumkan pada 2 Mac 2015, Isnin yang lalu oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin. STPM 2014 kali ini mencatat peningkatan pencapaian calon dalam semua kriteria pengukuran pencapaian, termasuk peningkatan PNGK negara iaitu 2.62 berbanding 2.57 pada STPM 2013.

STPM 2014 menyaksikan daripada 48,854 calon mendaftar, sejumlah 42,854 calon (88.25 peratus) hadir menduduki peperiksaan berbanding 53,233 (94.65 peratus) calon yang hadir pada 2013.
Nadrah Syaqirin Ramlan, 20,
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Tersang, Raub, Pahang muncul antara pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 kategori Luar Bandar.

Gadis ini adalah antara lima calon STPM terbaik bagi kategori Luar Bandar, memperoleh gred A dalam empat mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Pengajian Perniagaan, dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Selain Nadrah Syaqirin, turut tersenarai sebagai calon terbaik STPM 2014 kategori Luar Bandar ialah Nurul Shafinas Ahmad Tamigi (SMK Labu Besar, Kulim, Kedah), Mohammad Ridzuan Mohamed Yunus (SMK Padang Serai, Kedah), Amirah Abdin (SMK Arshad, Kota Belud, Sabah) dan Siti Norfariha Juhari (SMK Machang, Kelantan).

Selain itu, enam pelajar terbaik bagi kategori Bandar pula ialah Ho Kar Meng (SMK Methodist (ACS), Ipoh, Perak), Khor Siew Ching (SMK King Edward VII, Taiping, Perak), Lim Kai Yik (SMK Sungai Besar, Selangor), Fong Jian Yip (SMK St Mary, Sandakan, Sabah), Neoh Yong Seng (SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang) dan Denedy Wong Siong Yong (SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak).

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2014
Sepuluh sekolah diumum sebagai Sekolah Terbaik STPM 2014 iaitu SMKA Sheikh Hj Mohamad Said, Seremban, Negeri Sembilan; SMK Jinjang dan SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur; SMJK Sin Min, Sungai Petani, Kedah; Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; SMK Hua Lian, Taiping, Perak; SMK Chung Hua, Sibu, Sarawak; SMA Persekutuan Labu, Seremban; SMJK Yok Bin, Melaka; dan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu).

Lima sekolah lagi diumum sebagai Sekolah Lonjakan Terbaik STPM 2014 iaitu SMK Jitra, Kedah; SMK Mantin, Negeri Sembilan; SMK Putra, Jerteh, Terengganu; SMK Shing Chung, Sungai Siput, Perak; dan SMK Air Putih, Kuantan, Pahang.

Pusat Akademik Menengah Impian, Pulau Pinang pula dinobatkan Sekolah Swasta Terbaik STPM 2014.

Sekolah Terbaik STPM 2014:

1. SMKA Sheikh Hj Mohd Said. Negeri Sembilan.
2. SMK Jinjang. Kuala Lumpur.
3. SMK Kepong Baru. Kuala Lumpur.
4. SMJK Sin Min. Kedah.
5. Kolej Islam Sultan Alam Shah. Selangor.
6. SMK Hua Lian. Perak.
7. SMK Chung Hua, Sarawak.
8. SMA Persekutuan Labu. Negeri Sembilan.
9. SMJK Yok Bin. Melaka.
10. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now