Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015

Live Streaming Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015. Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor adalah suatu istiadat diraja Johor yang memahkotakan Sultan Ibrahim selaku Sultan Johor ke-5 dengan mahkota kerajaan negeri. Istiadat ini diadakan pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor, Johor Bahru.

Istiadat Kemahkotaan ini diadakan bukan dengan kuasa dan kehendak undang-undang bahkan ia merupakan warisan tradisi Diraja Johor mengikut fasal 4, bahagian ke-5 Lembaga Aturan bagi Perintah Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama 1922 memperuntukan kemahkotaan boleh diadakan pada sebarang masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor.

Senarai laluan jalan yang ditutup semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015 - Klik SINI

Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ialah kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.
Live streaming Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015
Istiadat yang diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini memaparkan kesinambungan tiga unsur budaya yang mempengaruhi Kesultanan Johor Moden iaitu Melayu, Islam dan Barat.

Istiadat ini diadakan secara eksklusif dengan kehadiran Raja-raja Melayu Malaysia dan Brunei, Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Singapura, kerabat terdekat Sultan Johor dan dif-dif kenamaan. Walau bagaimanapun, rakyat kebanyakan negeri dapat menyaksikan perjalanan Istiadat Kemahkotaan itu secara langsung melalui kaca televisyen - Sumber Wikipedia

Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now